Tips Menarik

loading...

Air Asia Disaman Kerana Pramugari Jatuh Atas Kaki Penumpang


SINGAPURA - Seorang wanita warga Melbourne memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan AirAsia selepas insiden pramugari terjatuh di atasnya sehingga mencederakan kaki.

Erin Crocker, 36, menaiki pesawat AirAsia dari Thailand pada 4 April 2014 berkata, insiden itu berlaku ketika penerbangan berdepan dengan masalah gegaran udara sebelum dia terjatuh ke lantai.

Salah seorang pramugari pesawat yang berdekatan dengannya turut hilang pertimbangan dan jatuh ke atas kaki kanan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan dan memerlukan rawatan pembedahan.

Mangsa mengalami keretakan tulang, kecederaan ligamen dan pembentukan darah beku sehingga memaksa dia bercuti panjang.


Mangsa menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, hilang keselesaan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan menolak tawaran pembayaran pampasan daripada AirAsia kerana mengambil iktibar daripada insiden penerbangan AirAsia Indonesia Qz8501 pada 28 lalu.

“Crocker tidak mahu meneruskan tuntutannya apabila dia mengetahui mengenai kemalangan QZ8501, tetapi kini dia bertekad untuk berjuang,” jelas peguamnya, Nancy Yonan.

AirAsia tidak memberi respons terhadap laporan itu.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

QZ8501 3129157327783885425

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item