"Cekik Darah" Pusat Perubatan Caj RM7000 Jahit Luka Di Dagu
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/darah-pusat-perubatan-caj-rm7000-jahit_17.html
Kuala Lumpur – Seorang mangsa kemalangan jalanraya yang datang ke sebuah pusat perubatan swasta untuk rawatan diminta mendapatkan rawatan di tempat lain atas alasan kos perubatan yang bakal dikenakan oleh pusat perubuatan berkenaan agak mahal berbanding dengan kos di hospital kerajaan.
Menurut Zatul Aniza Yusoff, salah seorang ahli keluarga mangsa, dia telah membawa mangsa, yang juga anak saudaranya, ke pusat perubatan berkenaan pada Ahad lalu yang terletak di Seremban.
Namun, setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas di pusat perubatan berkenaan, dia kemudian dimaklumkan oleh doktor tersebut bahawa luka yang dialami oleh anak saudaranya itu terlalu dalam dan tidak boleh dirawat dengan prosedur yang biasa.
“Menurut doktor, anak saudara saya tidak boleh dirawat di situ kerana anak saudara saya tidak mempunyai sebarang skim perlindungan insurans.
“Menurutnya kos perubatan (yang bakal dikenakan) sekitar RM7,000 kerana luka tersebut terlalu dalam dan tidak boleh dijahit dengan mengunakan prosedur biasa serta memerlukan surgeon ,X-ray, pembedahan kecil dan sebagainya” ujarnya memetik laporan dari Suara.tv
Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan doktor berkenaan, Zatul segera membawa anak saudaranya ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan.
“Sebaik tiba di hospital Tuanku Jaafar, jururawat yang bertugas bertanya kepada saya mengapa tidak mendapatkan rawatan pusat perubatan tersebut?
“Namun sebaik sahaja saya maklumkan mengenai jawapan yang diberikan oleh doktor yang bertugas itu mereka terkejut dan hanya mampu tersenyum” ujarnya lagi.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI