Tips Menarik

loading...

Hukuman Buat Kawan Yang Sanggup Mer0g0l & Mel!wat Isterinya


PUTRAJAYA - Seorang pekerja rencam akan meringkuk dan menghabiskan hidupnya dalam penjara sehingga usia tua atas dua tuduhan mer0g0l dan mel!wat isteri kawannya.

Azhar Che San, 43, gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi. 

Hakim Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun, mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara disebabkan fakta kes.

Beliau berkata hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan adalah setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya.

Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu bagi dua pertuduhan mer0g0l seorang wanita berumur 46 tahun dan penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana mel!wat mangsa.   

Pada 17 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Taiping, Perak, memerintahkan Azhar menjalani dahulu hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan pertama dan mula menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua dan ketiga selepas selesai menjalani hukuman penjara yang pertama.

Hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak.

Azhar mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Taiping dan dijatuhi hukuman penjara sejumlah 54 tahun bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 36 sebatan tetapi Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada 38 tahun dan 24 sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 4 Mei, tahun lepas pukul 6 petang, Azhar pergi ke rumah mangsa dan memberitahunya bahawa suami (mangsa) sakit dan mahu membawanya bertemu dengan suaminya.

Sebaliknya, dia membawa mangsa ke sebuah pondok dalam hutan di daerah Larut Matang di Perak sebelum mer0g0l dan mel!watnya.   

Fakta kes itu juga menyatakan bahawa mangsa, yang menderita kesakitan, melawan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit tetapi terjatuh. Dia kemudian  berulang kali dipukul, ditendang dan ditolak jatuh dari bukit. Dia kemudian dicekik dan ditarik rambut.

Tertuduh kemudian menarik mangsa kembali ke pondok itu dan menyuruhnya  minum minuman dalam tin yang disyaki alkohol. Dia kemudian mer0g0lnya sekali lagi.   

Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, ia (Mahkamah Rayuan) dapat menghantar mesej jelas kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang melakukan jenayah s3ksual.

Peguam Varpal Singh berhujah bahawa jika hukuman penjara dikekalkan, anak guamnya mungkin tidak berpeluang keluar penjara.  - Bernama

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item