Bekas Tentera British Pulang Malaysia Cari Kekasih 47 Tahun Terpisah
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/bekas-tentera-british-pulang-malaysia.html
Walaupun sudah 47 tahun terpisah, seorang bekas tentera British yang berkhidmat di bahagian pergigian, Warren Holbrook, masih lagi menyimpan harapan untuk bertemu kekasihnya, Wan Jamilah Wan Hussein(Fiona), di Penang.
Holbrook yang kini berusia 69 tahun berkenalan dengan kekasihnya itu pada Jun 1967 dalam satu majlis di Hotel Mount Pleasure.
Menceritakan detik itu, Holbrook berkata kehadiran Wan Jamilah bersama kakak dan tiga rakan lelaki menarik perhatiannya sehinggakan dia mengajak Wan Jamilah untuk menari bersamanya.
"Kami menari sambil mendengar lagu Wooly Bully oleh Sam the Sham & Pharaohs", kata Holbrook sambil mengatakan Wan Jamilah adalah dari keluarga yang berada.
"Bapanya memiliki sebuah syarikat sewa kereta yang berjaya. Dia mempunyai kereta dan segala-galanya"
Holbrook pulang ke England pada 1968 setelah khidmatnya tamat dan dia mengakui menyesal tidak mengahwini Wan Jamilah.
Holbrook yang kini masih bujang berkata, dia dan Jamilah bercinta selama lima bulan dan bertunang pada 1967.
"Tetapi apabila orang atasan saya tahu, mereka menghantar saya ke satu kem tentera di Kluang, Johor. Seorang lelaki asing yang bekerja sebagai tentera tidak dibenarkan berkahwin kepada orang tempatan pada ketika itu", kata Holbrook.
Menurut Holbrook, kali terakhir dia berhubung dengan Jamilah pada 24 Januari 1968 di dalam sepucuk surat yang mengatakan ayah Jamilah bersetuju untuk menyatukan mereka berdua.
"Itu kali terakhir saya berhubung dengan dia. Dia adalah cinta hidup saya", kata Holbrook.
Ketika ditanya kenapa dia mengambil masa yang lama untuk berhubung semula dengan Jamilah, Holbrook berkata dia pernah mencuba dengan pergi ke alamat keluarga Jamilah di Jalan Tanjong Tokong sembilan tahun lepas tetapi mereka sudah tidak tinggal disitu lagi.
"Saya teringin sangat untuk berjumpa dengannya sekali lagi", tambahnya.
Holbrook meneruskan kariernya sebagai tentera sehingga 1972 dan kemudian bekerja sebagai wakil pemasaran di England sehingga 1979.
Setelah itu Holbrook sempat menceburi beberapa bidang kerja lain sehinggalah di bersara dua tahun lepas.
Menurut Holbrook yang kini berada di Malaysia, dia akan meninggalkan Penang bulan Mac ini.
Sesiapa yang mempunyai maklumat menganai Wan Jamilah bolh menghubungi Holbrook di talian 011-2375 1132.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI