[Gambar] 4 Maut Nahas Bas, Kereta. Pemandu Bas Melarikan Diri
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/gambar-4-maut-nahas-bas-kereta-pemandu.html
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Empat lelaki termasuk dua warga asing maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas kilang di Jalan Sungai Choh berhampiran Bukit Beruntung dekat sini malam ini.
Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta Proton Waja yang dinaiki keempat-empat mangsa hilang kawalan setelah dirempuh bas tersebut dari arah belakang.
Katanya, akibat kejadian itu, kereta dinaiki mangsa terperosok di bahagian bawah bas kilang berkenaan yang ketika kejadian tidak membawa penumpang.
"Dalam insiden itu, kereta yang dinaiki mangsa dikatakan cuba memintas bas kilang itu namun gagal.
“Bomba berusaha mengeluarkan salah satu mangsa yang tersepit di tempat duduk,” katanya kepada pemberita dekat sini.
Jelas beliau, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an iaitu seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Liyas, Surya (Nepal) manakala warga tempatan yang terbunuh dikenali sebagai Alimin dan seorang lagi masih belum dikenal pasti.
“Pemandu bas pula didapati menghilangkan diri. Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI