Tips Menarik

loading...

Terkini ! Wanita 31 Tahun Bunuh Diri Setelah Terkena Panggilan Hangit


#London: Seorang jururawat yang ditipu dua orang #deejay (DJ) #Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII,  ditemui mati semalam, dipercayai membunuh diri.

#Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha,31 yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital berkenaan.

“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.

“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web itu.

#Dua deejay stesen radio dot..dot, Michael Christian dan Mel Greig menghubungi #hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa lalu.

#Greig yang menyamar sebagai #Ratu Elizabeth, meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.

#Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.

#Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak jawatan. – Agensi

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 3040550326045897490

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item