Hukuman Mati Paling Kejam & Ngeri Di Dunia
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/hukuman-mati-paling-kejam-ngeri-di-dunia.html
Hukuman Mati Paling Kejam di Dunia
Pada masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang sangat kejam. Seperti yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan yang berkuasa ketika itu melaksanakan hukuman mati paling kejam di dunia.
Hukuman mati tersebut disebut Ling Chi. Hukuman ini dilakukan dengan mengikat pesalah pada satu tiang di hadapan umum, lalu bahagian tubuhnya dihiris satu per satu selama tiga hari. Pesalah akan merasakan sakit yang amat sangat kerana bahagian tubuhnya dipotong sedikit demi sedikit hingga mati dalam tiga hari.
Selama tiga hari tersebut pesalah akan merasakan penderitaan yang sangat berat akibat luka pada potongan tubuhnya.
Begitu kejamnya hukuman ini membuat semua orang takut melakukan kejahatan. Namun tidak semua kejahatan boleh dikenakan hukuman Ling Chi. Ling Chi hanya dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan berat seperti membunuh keluarga kerajaan.
Saat ini beberapa negara seperti di Eropah sudah menghapuskan hukuman mati dengan cara apapun.
Namun sebahagian negara masih mengekalkan hukuman mati bagi penjenayah kelas atasan. Tarikh 10 Oktober merupakan Hari Anti Hukuman Mati Sedunia. Anda setuju dengan hukuman mati?
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI