Bila duit BR1M 2016 dapat dan masuk akaun
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/01/bila-duit-br1m-2016-dapat-dan-masuk.html
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai 28 Januari 2016. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2016.
Tarikh Pembayaran BR1M 2016
Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2016.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 Januari 2016.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Tarikh pembayaran bermula | Pendapatan bulanan isi rumah RM1,000 dan ke bawah (e-Kasih ) | Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah | Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 | Individu Bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah |
28 Januari 2016 | RM250 | RM250 | RM200 | RM400 |
28 April 2016 | RM250 | RM250 | RM200 | --- |
28 Jun 2016 | RM300 | RM250 | RM200 | --- |
28 September 2016 | RM250 | RM250 | RM200 | --- |
Jumlah | RM1050 | RM1000 | RM800 | RM400 |
Cara Pembayaran BR1M 2016
Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.
Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 dengan menghubungi:
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI