SITI NURAISYAH MANGSA GILIS LORI TANYA SOALAN SAYU, BOLEHKAH KAKINYA TUMBUH KEMBALI?
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/01/siti-nuraisyah-mangsa-gilis-lori-tanya.html
SUNGAI PANJANG - Kemalangan ngeri melibatkan seorang pelajar perempuan Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap sehingga putus kedua-dua kakinya akibat digilis lori menjadi viral semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30petang itu, Siti Nuraisyah terjatuh ke atas jalan selepas motosikal diboncengnya dikatakan bergesel dengan sebuah kereta yang cuba memotong motosikal ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14.
Nuraisyah ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit 16, Sungai Panjang. Sebuah lori dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kaki Siti Nuraisyah yang tercampak di atas jalan. Kakak tirinya yang tercampak ke kiri jalan bagaimanapun hanya cedera ringan dan terseliuh kaki kanan.
Gambar mangsa yang terduduk atas jalanraya dengan keadaan kaki yang hancur itu menjadi viral dan melahirkan simpati orang ramai.
Menurut abangnya Huzaini Sahran, Nuraisyah yang dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang kini sudah mampu tersenyum walaupun menanyakan soalan sayu samaada kakinya boleh tumbuh kembali atau tidak.
Bagi bapa tiri Nuraisyah iaitu Roslan, dia menganggap apa yang berlaku terhadap anak tirinya itu sebagai suratan takdir.
"Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya sejak kecil lagi, dah macam anak sendiri"
"Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nursisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung,"
Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menderma ke akaun dibawah:
Nama pemilik akaun : MAIMUNAH BINTI MD RAZALLI (ibu)
Nombor Akaun : 1620 4999 0205 (MAYBANK)
Nombor utk dihubungi: 017-8848 099 (bapa)
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI