'JIKA PEROMPAK GUNA PISAU KECIL, MANGSA TAK BOLEH LAWAN DENGAN PISAU BESAR'
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2016/01/jika-perompak-guna-pisau-kecil-mangsa.html
KUALA LUMPUR - Kecoh di laman Facebook mengatakan bahawa individu yang rumahnya dimasuki pencuri/perompak tidak boleh dibunuh meskipun penjenayah itu mempunyai pisau kecil.
Status yang dimuat naik oleh Faisal Hamdi itu, memetik dari kenyataan temubual bersama peguam, Datuk Haaziq Pillay bersama Ally Iskandar dalam topik 'Mempertahankan Diri Dari Ancaman' di Malaysia Hari Ini.
"Had mempertahankan diri, jika perompak guna pisau kecil, tuan rumah tak boleh lawan guna pisau besar. Jika perompak datang tak berniat untuk membunuh, maka tuan rumah tak boleh lawan hingga mati. Err.. dalam situasi genting, sempat pula nak pilih-pilih jenis pisau dan meneka niat perompak," katan Faisal di Facebooknya jam 8.05 pagi semalam.
Justeru, perkongsian itu menerima reaksi negatif dari netizen yang menganggap institusi kehakiman terlalu mengutamakan perkara teknikal.
"Teknikal sangat mereka ni, nak ikut manual sangat. Dalam situasi yang panik, macam-macam boleh terjadi," kata Kamal Rabah.
"Nanti perompak datang, kena interview dulu dan tanya mereka datang untuk apa, nak apa, bawa pisau kecil atau pisau besar ke, saiz pisau berapa, ada niat nak membunuh tuan rumah ke tidak," sindir Noor Asyikin.
Netizen juga mengecam Datuk Haaziq Pillay meskipun penjelasan terperinci telah diberikan dalam program itu.
Menurut Datuk Haaziq, Undang-undang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan harta mereka daripada ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi ada beberapa sekatan-sekatan yang perlu diambil kira.
"Contohnya, kalau undang-undang menyatakan sekiranya kita nak menggunakan hak ini sebagai satu pembelaan, seseorang memasuki rumah saya dengan tujuan merompak (ada peruntukan di bawah Kanun Keseksaan), sekiranya orang yang datang itu hanya membawa satu pisau yang kecil tetapi saya mempunyai pistol, ia tidak memadai.
"Dalam undang-undang menyatakan, saya mesti dalam ketakutan dan ada ancaman bahaya terhadap saya dan keluarga. Di mana dalam keadaan itu, saya boleh mengambil tindakan untuk memastikan pencuri atau perompak tersebut dibunuh tetapi untuk mempertahankan nyawa saya dan anak isteri saya.
"Kalau dia hanya masuk, saya pula ada pistol boleh melepaskan tembakan untuk memberikan amaran. Sekiranya dia masuk untuk membunuh, saya boleh tembak. Tetapi saya tak boleh buka pintu saja dan terus menembak. Tidak, undang-undang tidak membenarkan," katanya.
Tonton penjelasan penuh beliau di Tonton.com.my, Malaysia Hari Ini episod 4.
Menurut beliau, netizen tidak sepatutnya memberikan komen yang tidak berasas mengenai kes-kes seperti ini di laman Facebook. Ini kerana mereka tidak tahu apa bukti yang ada pada pihak penyiasat dan pihak pendakwaan.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI