Tips Menarik

loading...

Brunei Haramkan Tiga Produk Qu Puteh

Brunei-Qu-Puteh-tile
Produk itu disahkan haram selepas ujian dilakukan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi.
PETALING JAYA: Brunei telah mengharamkan penjualan tiga Produk keluaran Qu Puteh kerana didapati mengandungi bahan berbahaya.
Tiga produk berkenaan adalah kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal, krim kosmetik pemutih Qu Puteh Pro 9 dan kosmetik Qu Puteh Whitening UV Block.
Memetik laporan portal The Brunei Times, kementerian Kesihatan negara itu menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah membuat ujikaji terhadap produk tersebut menerusi Bahagian Kawalan Kualiti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi.
Kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal didapati mengandungi spironolactone manakala dua produk kosmetik didapati mengandungi merkuri.
Bahan-bahan itu boleh menyebabkan kesan buruk yang merbahaya kepada pengguna produk berkenaan.
Penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan kelesuan, kekeliruan, mengantuk, pening, rasa tidak selesa pada payudara dan pembesaran, haid yang tidak teratur, kejang, keguguran rambut dan ruam kulit.
Qu putih 2
Terdedah kepada merkuri pula boleh menyebabkan ruam kulit, kehilangan ingatan, lemah otot dan kerosakan kepada otak dan buah pinggang.
Kementerian itu turut memberi amaran kepada mereka yang terlibat dalam penjualan produk itu termasuk peruncit dalam talian bahawa penjualannya adalah satu kesalahan dan mereka yang didapati bersalah menjual produk yang diharamkan boleh dikenakan denda sehingga $5,000 (RM15045.46) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan berkenaan menasihati orang ramai yang telah membeli produk berkenaan supaya berhenti daripada menggunakannya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tindak balas yang tidak diingini
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 652716581847647623

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item