Tips Menarik

loading...

Punca Salleh Yaakob Bercerai Dengan Isteri Kedua?
















Pelawak dan pelakon popular Salih Yaacob, 55, yang sudah berpisah dengan isteri keduanya Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu menganggap ia adalah ketentuan daripada Allah SWT.

“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya,” katanya kepada RAP.

Salih berkata, masalah rumah tangga mereka bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.

Menurut Salih, masalah mula timbul apabila Nor Raha pergi majlis perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya.


Ditanya mengenai punca perceraian mereka, Salih tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Menurut Salih, selepas habis edah, bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.
“Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” katanya.

Salih dan bekas isterinya itu menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

HARGA BAHARU PETROL DIJANGKA DIUMUM 31 DISEMBER - AHMAD MASLAN

SeorangKUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Dis.Timbalan Menteri Kewangan 1 Da...

BAYI 18 BULAN MAUT SETELAH TERLEPAS DARI PELUKAN IBU,MANGSA BANJIR PERTAMA DI KELANTAN

KOTA BARU: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan menjadi mangsa korban pertama banjir yang melanda pantai timur.Kanak-kanak perempuan itu terlepas daripada pelukan ibunya dan menyebabkan dia terjatuh d...

GAMBAR 2 SAHABAT MAUT TERLIBAT DALAM KEMALANGAN NGERI DI SENAWANG

Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara dekat sini pagi tadi. Mereka dikenali sebagai Ahmad Azlan Zakaria, 25...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item