Tips Menarik

loading...

'Nak Sponsor, Sponsor Sajalah'


Semenjak dua menjak ini, taikun-taikun kosmetik berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola sepak. Umum mengetahui pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida telah menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta baru dua musim. Dan sehingga ke hari ini, 33 syarat yang diberikan oleh Datuk Seri Vida tidak didedahkan kepada umum. 

Bagaimanapun, gambar masjlis menandatangani perjanjian pihak Vida dan Persatuan Bolasepak Kelantan yang menunjukkan pemain pasukan itu melakukan trademark Qu Puteh itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari netizen termasuklah Afdlin Shauki. 

"Minta maaf, saya peminat tegar bolasepak di dalam dan luar negara. Tetapi saya tidak boleh menerima keadaan apabila sponsor boleh dictate dan mengubah budaya serta intergriti sesebuah pasukan itu. Atau mungkin saya yang salah dan terlalu romantis serta terlalu ingin menidakkan yang sesiapa saja dan apa saja boleh dibeli dengan wang sekarang. 

"Nak sponsor, sponsor sajalah. Jangan sampai suruh pemain pun buat sign di pipi itu," katanya di laman Facebook. 


Walaupun begitu, netizen juga mempunyai pandangan mereka sendiri. 

"Datuk Seri Vida cuba memberikan keceriaan pada sukan bolasepak sekarang dan kerana dia juga, sponsor-sponsor yang lain berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola yang lain. Ini barulah nampak menarik," kata Eja Qu Sha. 

"Sebagai peminat The Red Warrior, saya sendiri pun rasa ada sedikit tidak kena dengan cara Datuk Seri Vida. Tetapi bak kata orang, 'Beggars can't choose'. Kontrak pun dua tahun. Walau bagaimanapun, bola kena naik dulu. Gaya pipi dan warna itu belakang cerita. Bila bola naik, financial sudah stabil, boleh renegotiate semula term and condition," kata Firdaus Mohamad. 

Rata-rata penyokong TRW menerima apa yang telah ditentukan kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Tajaan bernilai RM16 juta itu saja yang mampu menamatkan masalah kewangan yang dihadapi oleh TRW. - THEHYPEMEDIA.COM

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

WARGA EMAS 79 TAHUN DITEMUI MATI DALAM KEADAAN HANYA MEMAKAI BAJU YANG DISELAK KE ATAS

Ipoh: Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih terpacak di leher di kediamannya di Jalan Hospital, di sini lewat malam tadi. Dalam kejadian 11.30 mala...

RAKAMAN VIDEO HELIKOPTER PDRM TERHEMPAS DI TANAH MERAH

Sebuah Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Dalam insiden pendaratan cemas...

PENGAWAL KESELAMATAN NEKAD BUNUH DIRI SETELAH TERTEMBAK ADIK DAN SAHABATNYA KETIKA MEMBURU BABI

Sipitang: Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item