GAMBAR 2 MAUT KERANA LETUPAN GAS, SEORANG PECAH KEPALA DI KUALA TERENGGANU
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/12/gambar-2-maut-kerana-letupan-gas.html
Kuala Terengganu: Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) maut selepas mengalami kecederaan teruk seluruh badan termasuk seorang daripadanya pecah kepala manakala dua lagi cedera pada perut dan patah kaki kanan apabila saluran paip gas bahagian belakang kapal berkenaan meletup petang semalam.
Mangsa yang maut membabitkan warga Korea dan Myanmar dikenali sebagai Song Oh Weon, 56, dan Zaw Myo Htut, 23, manakala yang cedera ialah Choi Tae Won, 64, dari Korea dan Khine Zin Min, 28, dari Myanmar.
Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9), Leftenan Komander (M) Mohamad Zainal berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kapal DL Calla milik Korea dalam perjalanan ke Thailand membawa muatan LPG bersama 23 kru warga Korea dan Myanmar.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari APMM Wilayah Timur berpangkalan di Kuantan, Pahang selepas menerima faksimili daripada pengawal pantai Korea pada 5.50 petang memaklumkan sebuah kapal milik Korea yang membawa muatan LPG terbakar kira-kira 26 batu nautika dari Timur Laut Kuala Terengganu.
Berikutan itu katanya, pihaknya menghantar sebuah bot penyelamat Penggalang 17 dan tiba di lokasi 6.40 petang serta segera melakukan kerja menyelamat mangsa yang maut dan cedera sebelum dibawa ke Jeti APMM Pulau Kambing, di sini, pada 10.30 malam.
Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk bedah siasat manakala yang cedera diberikan rawatan kecemasan.
Mangsa yang maut membabitkan warga Korea dan Myanmar dikenali sebagai Song Oh Weon, 56, dan Zaw Myo Htut, 23, manakala yang cedera ialah Choi Tae Won, 64, dari Korea dan Khine Zin Min, 28, dari Myanmar.
Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Terengganu (DM9), Leftenan Komander (M) Mohamad Zainal berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kapal DL Calla milik Korea dalam perjalanan ke Thailand membawa muatan LPG bersama 23 kru warga Korea dan Myanmar.
Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk bedah siasat manakala yang cedera diberikan rawatan kecemasan.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI