Tips Menarik

loading...

REMAJA MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 14 FLAT PPR WANGSA MAJU


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar berusia 17 tahun, maut selepas terjatuh dari tingkat 14, di Flat Perumahan Rakyat (PPR), Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, petang tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, mangsa dipercayai cuba melompat dari tingkap bahagian dapur ke balkoni, bagaimanapun gagal menyebabkan mangsa terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat bawah. 

Mangsa maut serta merta akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Bapa tiri mangsa yang enggan didedahkan nama berkata, beliau menerima kejadian itu dengan redha dan menganggap ia sebahagian dari takdir Illahi.

Mangsa merupakan seorang pelajar yang baik dan juga merupakan ahli Belia 4B bagi Cawangan Wangsa Maju. 

Sebelum ini, penduduk PPR berkenaan pernah menyuarakan cadangan untuk menambah dan meninggikan pagar besi keselamatan di setiap tingkat untuk keselamatan penduduk, terutamanya anak-anak kecil. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz, mengesahkan kejadian tragis itu dan kes itu kini dalam siasatan.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 8810466894677239698

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item