UJIAN PENIPUAN BAGI PM, KABINET DAN JUGA AHLI POLITIK
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/12/ujian-penipuan-bagi-pm-kabinet-dan-juga.html
Dari hanya memperkenalkan ujian poligraf rawak bagi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam, mengapakah perkara yang sama tidak dilakukan untuk Perdana Menteri, Kabinetnya, lantikan politiknya dan semua ahli-ahli politik?
Lagipun, bukan hanya pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang membuat duit atas angin kerana menjadi orang atasan; kadang-kadang ahli-ahli politik juga mengkhianati amanah, wang dan mandat rakyat.
Saya pada mulanya tertarik dengan cadangan presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akhbar Satar untuk memulakan ujian dusta atau ploligraf rawak kepada perkhidmatan awam, sebagai satu cara untuk membasmi rasuah.
Kebanyakan jenayah itu, menurut pendapat presiden NGO pemantau kerajaan itu, didorong oleh kepercayaan bahawa mereka tidak akan tertangkap, dan jika kepercayaan ini dipatahkan ia akan menyaksikan lapan daripada 10 pesalah yang berpotensi mengelak dari melakukannya.
Sebagai perbandingan, Akbar menyebut bahawa Singapura yang katanya sangat percaya terhadap ujian poligraf konsisten mengungguli senarai negara yang paling kurang korup di dunia, berada di tangga No 5 Indeks Persepsi Rasuah TI baru-baru ini, manakala Malaysia beradap pada kedudukan 50.
Artikel ini memetik bekas-bekas pegawai penyiasat polis yang memuji kebaikan poligraf, yang katanya telah 98 peratus terbukti di peringkat antarabangsa sebagai alat untuk memerangi rasuah dan mempercepatkan siasatan polis.
Bekas-bekas pegawai polis lain yang ditemu bual juga menyatakan bahawa mempunyai satu cara untuk mengesan pembohongan adalah berguna dalam menangani suspek berjawatan tinggi kerajaan, yang hampir-hampir tidak boleh disentuh tanpa adanya bukti kukuh.
Tetapi keupayaan untuk dapat mengesan pembohongan adalah berguna bukan sahaja ketika mencegah rasuah dalam perkhidmatan awam atau membantu polis menangkap suspek yang mempunyai kaitan politik, tetapi juga kepada orang awam untuk memastikan wakil rakyat mereka bertanggungjawab.
Bayangkan jika setiap kali Perdana Menteri bercakap di televisyen, anda mempunyai paparan bacaan poligraf sewaktu beliau bercakap secara langsung dan tanpa disunting.
Saya pasti beliau akan berfikir dua kali, sebelum dia menjawab apa-apa soalan atau membuat apa-apa ucapan kepada rakyat Malaysia, atau apabila dia membaca bajet dan memberi sebab-sebab mengapa berjuta-juta dibelanjakan ke atas program-program tertentu, yang diuruskan oleh orang-orang beliau atau pun tidak.
Bayangkan jika semua anggota Kabinetnya terpaksa menjalani perkara yang sama, termasuk apabila ditanya jika kejatuhan harga minyak akan memudaratkan kewangan negara kita, atau jika GST akan menyaksikan kos sara hidup naik, sama ada ketara atau tidak.
Bagaimana jika menteri-menteri terpaksa memakai mesin ini dalam sesi parlimen.
Saya yakin kita akan menghadapi satu acara yang menarik. Amat menarik untuk melihat menteri kita disambungkan kepada mesin poligraf dan seperti yang dikatakan Akbar, mungkin ia akan menghalang mereka daripada melakukan apa-apa aktiviti jenayah kolar putih?
Tetapi sudah tentu dengan sifat mereka, ahli-ahli politik mungkin kebal kepada apa-apa pengesan bio-elektronik, termasuk alat yang mengesan pembohongan.
Tetapi ia akan pasti akan menghasilkan perubahan dan juga jenaka, jika tidak pun mengembalikan akauntabiliti kepada perkhidmatan yang sepatutnya berkhidmat kepada orang ramai dan pelakon politik yang kita telah lantik untuk menjaga kepentingan kita, bukan hanya untuk memberikan mereka peluang untuk menmenuhkan poket masing-masing dan kenalan mereka.
Lagipun, bukan hanya pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang membuat duit atas angin kerana menjadi orang atasan; kadang-kadang ahli-ahli politik juga mengkhianati amanah, wang dan mandat rakyat.
Saya pada mulanya tertarik dengan cadangan presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akhbar Satar untuk memulakan ujian dusta atau ploligraf rawak kepada perkhidmatan awam, sebagai satu cara untuk membasmi rasuah.
"Jika anda beritahu pegawai-pegawai kerajaan yang ujian polygraph mungkin akan dijalankan sekali atau dua kali setahun, pada tarikh yang tidak didedahkan, mereka akan berfikir dua kali sebelum mereka melakukan jenayah itu," Akbar dipetik sebagai berkata oleh The Post Rakyat.Seperti yang dijelaskan artikel itu, Akbar berkata ujian polygraph rawak akan memastikan pegawai-pegawai jujur dan mungkin menghalang mereka daripada melakukan jenayah kolar putih, yang katanya menyumbang paling banyak kepada kebocoran kewangan negara.
Kebanyakan jenayah itu, menurut pendapat presiden NGO pemantau kerajaan itu, didorong oleh kepercayaan bahawa mereka tidak akan tertangkap, dan jika kepercayaan ini dipatahkan ia akan menyaksikan lapan daripada 10 pesalah yang berpotensi mengelak dari melakukannya.
Artikel ini memetik bekas-bekas pegawai penyiasat polis yang memuji kebaikan poligraf, yang katanya telah 98 peratus terbukti di peringkat antarabangsa sebagai alat untuk memerangi rasuah dan mempercepatkan siasatan polis.
Tetapi keupayaan untuk dapat mengesan pembohongan adalah berguna bukan sahaja ketika mencegah rasuah dalam perkhidmatan awam atau membantu polis menangkap suspek yang mempunyai kaitan politik, tetapi juga kepada orang awam untuk memastikan wakil rakyat mereka bertanggungjawab.
Bayangkan jika setiap kali Perdana Menteri bercakap di televisyen, anda mempunyai paparan bacaan poligraf sewaktu beliau bercakap secara langsung dan tanpa disunting.
Saya pasti beliau akan berfikir dua kali, sebelum dia menjawab apa-apa soalan atau membuat apa-apa ucapan kepada rakyat Malaysia, atau apabila dia membaca bajet dan memberi sebab-sebab mengapa berjuta-juta dibelanjakan ke atas program-program tertentu, yang diuruskan oleh orang-orang beliau atau pun tidak.
Bayangkan jika semua anggota Kabinetnya terpaksa menjalani perkara yang sama, termasuk apabila ditanya jika kejatuhan harga minyak akan memudaratkan kewangan negara kita, atau jika GST akan menyaksikan kos sara hidup naik, sama ada ketara atau tidak.
Bagaimana jika menteri-menteri terpaksa memakai mesin ini dalam sesi parlimen.
Saya yakin kita akan menghadapi satu acara yang menarik. Amat menarik untuk melihat menteri kita disambungkan kepada mesin poligraf dan seperti yang dikatakan Akbar, mungkin ia akan menghalang mereka daripada melakukan apa-apa aktiviti jenayah kolar putih?
Tetapi sudah tentu dengan sifat mereka, ahli-ahli politik mungkin kebal kepada apa-apa pengesan bio-elektronik, termasuk alat yang mengesan pembohongan.
Tetapi ia akan pasti akan menghasilkan perubahan dan juga jenaka, jika tidak pun mengembalikan akauntabiliti kepada perkhidmatan yang sepatutnya berkhidmat kepada orang ramai dan pelakon politik yang kita telah lantik untuk menjaga kepentingan kita, bukan hanya untuk memberikan mereka peluang untuk menmenuhkan poket masing-masing dan kenalan mereka.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI