ABBY ABADI TEGUR SUKARELAWAN BANJIR TOLONG DIRI SENDIRI DULU
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/abby-abadi-tegur-sukarelawan-banjir.html
KUALA LUMPUR - Abby Abadi menegur sukarelawan wanita yang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, menutup aurat dan tidak mendedahkannya kepada lelaki bukan muhrim.
Teguran itu dibuat oleh Abby melalui laman Instagramnya.
Abby berharap, tegurannya itu diambil positif oleh sukarelawan wanita kerana adalah wajib untuk wanita Islam menutup aurat.
“Saya tertengok gambar misi bantuan banjir sekarang ini, ramainya pergi membantu, tetapi aurat tak terjaga. Allah nak tolong macam mana? Sedih, ingatkan sebab sayang. Usahalah untuk tolong diri sendiri dulu, selepas itu, baru usaha untuk tolong orang lain pula.
“Aurat itu aib kita, dibelanja ikut suka azab, seksanya tak terkira. Ada yang dah tertutup sempurna, syukur sangat! Baik sangat hati budinya pergi menolong, bersihkan rumah, bersihkan lumpur, tapi siarkan juga gambar mangsa yang tidak menutup aurat.
“Tak tahu tentang dosa aurat ke macam mana? Yang mendedahkan berdosa, yang menyebarkan dapat saham juga. Fahamilah bersama ya,” tulis Abby dalam Instagramnya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI