BUAT WANITA, TAHUKAN GAMBAR ANDA DIGUNAKAN UNTUK IMIGINASI 0NAN! MEREKA ?
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/buat-wanita-tahukan-gambar-anda.html
Kegiatan macam ni dah lama berlaku. Ianya tak ubah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Lepas satu berjaya ditutup, keluar lagi 5 lepas tu mencari mangsa-mangsa seterusnya. Dalam keasyikan korang muat-naik gambar sendiri atau gambar kawan-kawan di laman sosial tu (terutamanya wanita), pernah terfikir tak tentang semua ni? Tak kiralah gambar yang menutup aurat apalagi gambar yang terdedah sana-sini, korang semua berisiko menjadi mangsa.
Berikut adalah perkongsian yang kami terima melalui email;
"Assalamualaikum admin. Saya nak share something ini. Hari tu kebetulan saya ada request satu acc Instagram nie. Saya terkejut dgn apa pemilik acc tu upload pic. Rupanya dia curi pic orang perempuan yg bertudung lalu upload utk dijadikan koleksi istimewa katanya. Saya tengok pic yg tutup aurat sempurna pun mereka upload apatah lagi yg pakai bertudung ketat tu. Hope admin share lah yer sbb blh ramai2 buat report and Insya'Allah acc tu semua akn dipadam oleh pihak Instagram".
Menurut pengirim lagi, bukan satu sahaja akaun sebegini, tapi ada banyak lagi yang wujud dengan motif yang sama. Melihat dari respon-respon yang diberi pada setiap gambar, terlalu banyak komen berbentuk lucah, dan tidak kurang yang menggunakan gambar-gambar tersebut sebagai bahan imiginasi ketika beronani.
Perkara begini boleh dielakkan jika para wanita di luar sana, kalau nak upload gambar di Facebook tu pastikan ianya di'set awal-awal untuk tontonan family sahaja. Paling kuat pun untuk tatapan kawan-kawan yang kita kenal dan percaya gambar kita tidak akan diapa-apakan. Jika di Instagram, tolonglah private'kan akaun anda dan approve orang yang betul-betul anda percaya, kenal, dan tahu ianya tak akan memberi masalah jika anda approve.
Nak marah mereka pun tak boleh kerana mereka sebenarnya bijak mempergunakan gambar-gambar yang datang dari kesilapan bodoh mangsa sendiri untuk niat-niat yang tertentu. Jadi kami rasa untuk membenteras gejala tidak sihat ini, pucuk pangkal berbalik kepada kaum wanita di luar sana kerana ini semua melibatkan maruah anda.
Beberapa akaun yang dipaparkan, sengaja tidak ditutup namanya. Untuk akaun-akaun yang dipaparkan, jika ada kesempatan tolonglah report sama-sama agar ianya akan lenyap dari Instagram. Tindakan anda juga untuk lebih berhati-hati sebelum memuat-naik gambar, pastinya akan dapat mengelakkan akaun yang sama muncul kembali.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI