Tips Menarik

loading...

Buku Pendidikan Kesihatan Tahun 5 Dedah Proses Hubungan Kelamin


KUALA LUMPUR, 14 Jan: Selepas tersebarnya gambar ‘keluarga harmoni g@y’, media sosial sekali lagi mendedahkan kewujudan buku teks Pendidikan Kesihatan tahun lima yang menyentuh mengenai s3ks.

Dalam Facebook PenMerah.com, pengguna bernama Ustaz Syed Bakri memuat naik satu gambar yang menjelaskan proses hubungan kelamin.

Gambar yang dimuat naik lewat petang tadi telah dikongsi 60 kali, dengan 2,662 orang menyukai dan mendapat 179 komen, setakat jam 7.30 malam Selasa.

Rata-rata pembaca tidak bersetuju dengan isi kandungan buku itu yang disifatkan terlalu awal untuk murid berusia 11 tahun.

“Tak patut diberi pendedahan awal tentang @#$% terhadap budak-budak, takut boleh mempengaruhi perkembangan otak mereka, gejala tak sihat..harap ada pihak fikir balik tentang mata pelajaran sedemikian,” kata Hisyamuddin Mohd Nor.

Roslina Othman pula berpendapat: “Tak sesuai la untuk tahun 4…nanti macam-macam pula yang mereka tanya bila balik rumah, apa yg mak dan ayah nak jawab.”

Namun, ada juga pembaca yang berpandangan, pendidikan sedemikian boleh diajar kepada murid-murid di sekolah.

“Bagi saya, pendedahan begini bukanlah sesuatu yang memberi keburukan kepada pelajar, tapi lebih kepada ilmu pengetahuan (Pendidikan S3ks) dengan saluran yang betul. Pelajar di Malaysia ni perlu diberi pendedahan seusia mereka ini, untuk mengelakkan gejala yang buruk kelak di masa hadapan.

“Saya pasti pelajaran ini tidak terhenti sehingga di situ, sudah pasti ada pengenalan tentang apa yang salah dan apa yang betul. Mereka ini tidak mengetahui apa-apa, kita ajar apa yang betul, apa yang salah. Peranan ibu bapa jugak untuk betulkan apa yang salah.

“Didikan tidak terhenti di sekolah, tapi perlu diteruskan di rumah. Ini masa depan generasi kita, fikirkan apa akan jadi kelak, jika didikan ini tidak diberikan hingga gejala ini menjadi duri dalam daging,” tulis Mohd Nakirudin Muhamad Nor.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 2023469478958842655

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item