Tips Menarik

loading...

HAJAT LELAKI INI MEMBANTU MANGSA BANJIR TAK KESAMPAIAN KERANA PENCURI YANG KEJAM


Kuantan: Hajat seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang juga sukarelawan membantu mangsa banjir di negeri ini terbantut apabila pacuan empat roda miliknya dicuri ketika bersiap sedia mengagih bantuan makanan dan memindahkan mangsa terbabit.

Kejadian pada jam 11 malam Khamis lalu di Jalan Gambut, di sini, disedari pemilik kenderaan berkenaan, Wan Bakar Wan Abdul Rahman, 44, dari Taman Greenlast, di sini, apabila dia meletakkan kenderaan Mitsubishi Pajero di kawasan berhampiran bangunan TNB sebelum ke pejabatnya untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Namun, dua jam kemudian, dia mendapati kenderaan yang dibeli dua tahun lalu itu lesap sebelum menghubungi rakan untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

“Rakan membantu mencari kenderaan itu di kawasan berhampiran namun tidak ditemui dan saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, untuk membuat laporan.

“Kenderaan itu saya letakkan di kawasan berkenaan untuk bersiap sedia memantau perkembangan semasa banjir bagi semua pencawang TNB di daerah yang terjejas banjir,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Wan Bakar, kenderaan itu turut bersiap sedia membantu membawa mangsa banjir atau mengagihkan bantuan makanan ke kawasan terjejas kerana berkeupayaan meredah air sedalam satu meter.

“Kenderaan itu saya beli dengan harga RM30,000 khusus untuk digunakan di jalan lasak selain boleh membantu pasukan keselamatan mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir.

“Malah, saya bercadang ke Pekan dan Temerloh menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir menggunakan kenderaan itu namun sebaliknya berlaku apabila dicuri pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir kenderaan itu dilihat di Jalan Tanah Putih, di sini, beberapa jam selepas dilaporkan hilang oleh rakannya sebelum memaklumkan kepadanya namun usaha mengesan tidak berjaya dan kemungkinan dilarikan ke Rompin.

Wan Bakar berkata, walaupun kenderaan itu hilang dan belum dapat dikesan sehingga kini, namun ia tidak membantutkan usahanya membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

“Saya komited membantu mangsa banjir dengan mengagihkan bekalan makanan ke kawasan terjejas, mengenai kenderaan itu biarlah polis melakukan siasatan,” katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 729540123715906135

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item