HARUMAN ANEH PADA TUBUH SYAIFUL MANGSA QZ8501 YANG MENJADI MISTERI
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/haruman-aneh-pada-tubuh-syaiful-mangsa.html
Salah seorang krew pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang masih belum ditemui mayatnya adalah pekerja teknikal yang bekerja di bahagian radio komunikasi, Syaiful Rahmat.
Salah seorang rakan rapat yang bernama Rudi, berkongsi pengalaman anehnya ketika bertemu Syaiful buat kali terakhir, dua hari sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar menara kawalan, 28 Disember lalu.
“Saya tercium bau harum luarbiasa dari tubuh Syaiful ketika itu yang disifatkannya tidak seperti bau minyak wangi. Harumnya tidak seperti hari-hari biasa, sangat harum sepertinya bukan harum minyak wangi,” katanya.
Mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada itu petanda Syaiful akan pergi selama-lamanya, Rudi meyakinkan bahawa pertemuan tersebut terasa aneh baginya.
Syaiful yang dikenalinya kata Rudi, seorang yang pandai bergaul dan sering mengingatkan rakan-rakan lain soal agama terutama solat.
Malah status terakhir Blackberry Messenger (BBM) di telefon bimbit adiknya itu berbunyi, ”Kerjakan amal dengan ikhlas dan sesuai dengan sunnah”.
Begitu pun oleh sebab Syaiful sudah biasa menulis status berbaur agama baik di BBM mahu pun Facebook maka ia tidaklah dianggap satu perkara yang aneh buat Lia dan keluarga.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI