Tips Menarik

loading...

Kumpulan Jalor Mengaku Abaikan Anak & Bini Kerana Maharaja Lawak Mega 2014


Kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along terpaksa menerima hakikat apabila diumumkan sebagai peserta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang disingkirkan pada minggu ini. 

Malam bertemakan 'Cerita Seram' menyaksikan tiga kumpulan berada di 'bottom three' iaitu Jalor, SYJ dan peserta feveret Zero. 

Bagaimanapun Jalor terpaksa akur apabila nama kumpulan mereka diumumkan juri, Datuk Jalaluddin Hassan. 

Sebelum meninggalkan pentas, Joey sempat memohon maaf kepada para penonton terutama peminat mereka. 

"Apa yang saya nak cakap di sini, terus-terang berdirinya kami di sini bukannya nak mengaibkan atau merendahkan mentaliti orang-orang di luar sana. 

"Kami berada di sini, kami mengabaikan anak bini kami mencari idea dan ruang semata-mata untuk menghiburkan anda semua," kata Joey. 

Pada kesempatan itu Joey turut mengucapkan terima kasih kepada Rahim kerana berani membawanya dan Along ke pentas MLM 2014 bersama Jalor. 

Walaupun di awal rancangan Jalor menduduki kedudukan teratas, namun mereka menerima bahawa rezeki Jalor terhenti pada malam ini (Jumaat). 

MLM 2014 disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam setiap Jumaat, bermula pukul 10 malam dan boleh ditonton di Astro Warna saluran 132 dan Mustika HD saluran 134. 

Rancangan realiti lawak terhebat ini menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara. 

Minggu hadapan, tinggal 7 lagi peserta iaitu SYJ, Zero, Virus, Sepahtu, Shiro, Bocey dan Nabil yang bakal berentap sehingga ke pusingan seterusnya. 

Jangan lupa...teruskan undian anda ya!

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Hiburan 5665222928291880000

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item