Tips Menarik

loading...

Mengejutkan. Lelaki Ini Sangka Anak Patung, Tetapi Rupanya Adalah...


Segamat: Seorang lelaki yang menyangka menemui anak patung ketika melakukan kerja pembersihan di dalam sebuah parit di Ladang Achi Jaya Divisen 2, Chaah, di sini, terkejut apabila mendapati ia sebenarnya adalah mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, mayat bayi lelaki yang ditemui 9.30 pagi tadi dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam.

Katanya, hasil siasatan Unit Forensik Polis Daerah Muar mendapati tiada tanda kecederaan pada mayat.

"Pada 9.30 pagi tadi ketika pengadu sedang melakukan kerja pembersihan di parit Ladang Achi Jaya Divisen 2, Chaah berhampiran dengan dua buah rumah, pengadu melihat sesuatu yang kelihatan seperti patung di dalam parit berkenaan.

"Apabila pengadu menghampirinya dia mendapati terdapat mayat bayi lelaki seperti baru dilahirkan di kawasan berkenaan dan hasil siasatan mendapati mayat berkenaan masih bertali pusat.

"Hasil siasatan Unit Forensik mendapati, bayi berkenaan dipercayai sudah meninggal lebih dari 24 jam selain tiada tanda-tanda kecederaan pada mayat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, lokasi kejadian adalah kawasan perumahan estet Achi Jaya dan pemeriksaan di Klinik Desa berhampiran dijalankan bagi mendapatkan maklumat pesakit ibu mengandung yang mendapatkan rawatan.

“Mayat bayi dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item