Tips Menarik

loading...

Mereka Dibelasah Sepuasnya Hingga Mati


MEXICO - Bosan asyik dirompak, penduduk kampung di Puebla bertindak membelasah empat perompak yang ditangkap sepuas-puasnya menyebabkan salah seorang suspek maut.

Empat perompak yang ditangkap merupakan dua orang lelaki dewasa, seorang remaja lelaki dan seorang wanita yang sedang mengandung.

Keempat-empat suspek dipukul dengan kayu dan batang besi sebelum diikat pada sebatang pokok, manakala suspek wanita hanya dipukul di bahagian muka.

Salah seorang perompak maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas dibelasah bertalu-talu.

Polis tempatan cuba meleraikan dan menghentikan tindakan penduduk kampung, namun gagal. Keadaan itu memaksa pihak polis dari ibu negara datang untuk mengawal keadaan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item