Tips Menarik

loading...

Sekolah Ini Hanya Ada 4 Orang Murid & Diiktiraf Pencapaian Terbaik UPSR


BAGAN DATOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak tahun ini sekali lagi tidak merekodkan sebarang pendaftaran kemasukan untuk tahun satu sesi persekolahan 2015.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Rebak, Hajar Abdul Samad berkata, kekosongan murid tahun satu itu dijangka akan berlarutan untuk tempoh beberapa tahun dan ada kemungkinan sekolah itu hanya akan menerima murid tahun satu pada 2016.

Katanya, buat masa ini, sekolah itu hanya mempunyai tiga murid di tahun tiga dan seorang di tahun lima manakala di tahun satu, dua dan enam tidak mempunyai murid didaftarkan.

Menurutnya, masalah kekurangan murid di sekolah tersebut bermula kira-kira 10 tahun lalu, yang mana hanya tinggal 12 murid pada ketika itu dan bilangan murid semakin berkurang setiap tahun.


Tetap diiktiraf mendapat pencapaian terbaik UPSR

Hajar berkata, SK Tebing Rebak dibina sejak 1950 itu, kini dikendalikan pemangku guru besar yang juga Guru Kanan Pentadbiran, Razlan Shaari, 29, dengan dibantu empat guru serta empat kakitangan sokongan.

Beliau memaklumkan, pada awalnya SK Tebing Rebak menerima kehadiran 54 murid dan dikatakan meningkat setiap tahun sebelum bermulanya masalah kekurangan murid.

Katanya, masalah itu tidak menjadi halangan kepada ibu bapa dan penduduk Kampung Tebing Rebak khususnya untuk bersama-sama menjayakan pelbagai program anjuran pihak sekolah.

Katanya, apa yang lebih membanggakan,  SK Tebing Rebak tetap diiktiraf mendapat pencapaian terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tempoh tiga tahun berturut-turut  walaupun hanya mempunyai bilangan murid yang sedikit.

“Walaupun murid sedikit, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer serta internet, perpustakaan, program makanan tambahan (RMT) dan menerima pelbagai bantuan daripada Kementerian Pelajaran sama seperti sekolah lain.

“Pihak sekolah juga tetap menjalankan pelbagai aktiviti termasuk sukan tahunan sekolah dengan melibatkan penduduk kampung dan baru-baru ini kami ada melakukan aktiviti kecerian bersama-sama warga Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh,” katanya.


Sesi pembelajaran diteruskan

Pemangku guru besar yang juga Guru Kanan Pentadbiran, Razlan Shaari berkata, sesi pembelajaran di sekolah itu akan diteruskan selagi ada murid mendaftar dan belajar di situ.

“Walaupun tiada murid tahun satu, dua dan enam mendaftar bagi tahun ini, guru-guru  di sekolah ini tetap bersemangat untuk mengajar," katanya.


Kelebihan bagi murid

Masalah kekurangan murid di SK Tebing Rebak secara tidak langsung memberi kelebihan kepada muridnya kerana mendapat layanan istimewa daripada guru-guru di situ.

Murid tahun tiga, Muhammad Mimarsinan yang bercita-cita mahu menjadi seorang askar berkata, walaupun kawan tidak ramai namun dia seronok belajar di SK Tebing Rebak.

“Seronok bersekolah walaupun hanya dua rakan dalam satu kelas," katanya

Bagi rakan sekelas Muhammad Mimarsinan, Nurnatasya berkata, dia teruja dapat belajar pelbagai mata pelajaran pada hari pertama persekolahannya bersama dua orang rakannya.

“Hari ini saya belajar macam-macam daripada cikgu. Seronok sangat walaupun hanya ada dua orang kawan di  dalam kelas dan bila besar nanti, saya mahu menjadi seorang pegawai polis,” katanya.

Salah seorang murid baharu, Nur Sulehah Abd Halim, 11,  berkata, walaupun hanya seorang murid pada tahun lima, dia masih seronok dapat belajar.

Katanya, dia juga berazam mahu mencapai keputusan  5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada penghujung tahun tahun hadapan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 7411473774188153634

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item