SUAMI HODOH DICERAIKAN ISTERINYA SELEPAS 5 HARI BERKAHWIN
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/suami-hodoh-diceraikan-isterinya.html
Wanita dari bihar di india dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor agensi.
Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing.
Sementara pada 9 disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari daerah muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.
“saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.
“dia terlalu hodoh. Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di patna.
Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.
Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita bihar) terlalu mencari kesempurnaan.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI