Suami Sanggup Seludup Isteri Dalam Beg Pakaian Kerana Gagal Dapat Visa
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/suami-sanggup-seludup-isteri-dalam-beg.html
LONDON - Seorang lelaki warga Latvia cuba menyeludup isterinya dalam sebuah beg pakaian untuk memasuki Britain setelah permohonannya untuk mendapatkan visa ditolak.
Bagaimanapun, perbuatan Bogden Croitor terbongkar selepas keretanya ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di pelabuhan di Dover, Kent.
Pihak Imigresen yang curiga dengan beg pakaian itu terkejut menemui isteri lelaki itu di dalam beg berkenaan.
Difahamkan, Croitor, 30, dibenarkan tinggal di United Kingdom, namun isterinya warga Moldova gagal mendapatkan visa untuk memasuki negara itu.
Menurut Croitor, ketika berada di Calais di utara Perancis untuk menghabiskan hujung minggu bersama isterinya Oktober lalu, wanita itu mengesyorkan supaya dia bersembunyi dalam beg pakaian berkenaan.
Peguam Croitor, Natasha Spreadborough memberitahu Mahkamah Canterbury Crown, isteri anak guamnya sudah berulang kali memohon visa tetapi ditolak.
Croiter dihukum penjara 14 bulan yang ditunda selama dua tahun serta kerja kemasyarakatan tanpa gaji selama 100 jam di samping membayar kos mahkamah sebanyak £400 (RM 2,185). - Agensi
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI