Awas Pengguna Telefon Pintar!
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/02/awas-pengguna-telefon-pintar.html
PETALING JAYA : Virus Malware yang terbaru kini menyerang dengan mengunci data komputer sehingga bayaran sebagai tebusan dibayar oleh mangsa kini menyerang pemilik telefon pintar.
Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk tujuan mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya bertujuan dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau sistem pengoperasian. Contoh Malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .
Ketua Eksekutif, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata pengguna telefon pintar harus berjaga-jaga dengan fenomena virus yang dipanggil ‘Ransomware Malware’ . Menurut beliau “Empat kes telah dilaporkan kepada Cyber999 pada Bulan Januari”.
Kes ini melibatkan dua syarikat dan dua pengguna individu. Mengikut perbandingan pada Tahun 2013, hanya dua kes pada Tahun 2013.
“Sehingga kini, CyberSecurity Malaysia (Pihak Keselamatan Cyber Malaysia) belum lagi menerima laporan serangan Ransomware dari telefon pintar, tetapi pengguna juga diminta berjaga-jaga” Kata beliau dalam temuramah baru-baru ini.
Beliau menambah lagi, kebanyakan komputer dan telefon pintar mudah terkena virus tersebut melalui emel (attachment) yang mengandungi Malware yang boleh di ‘install’ sendiri.
Mesej ‘Pop Up’ akan dikeluarkan pada skrin yang menyatakan, telefon tersebut telah dikunci dan semua fail telah di ‘sulit’ kan (encrypted), berserta penalti sebanyak USD 100 (RM363) kerana mengunjungi laman-laman web yang dilarang.
Berkaitan insiden tersebut, CyberSecurity menasihatkan kepada semua pengguna internet termasuk organisasi berkaitan ancaman virus terbabit.
Dr. Amirudin berkata, mangsa tidak sepatutnya mengikut arahan pembayaran tersebut sebaliknya terus menghubungi Cyber999 untk pertolongan. Pengguna internet seharusnya mempunyai perisian ‘anti-virus’ yang terkini dan jangan sesekali mengklik mana-mana laman web yang tidak boleh dipercayai termasuk juga ‘attachment’ pada emel.
Dr. Amirudin turut menasihatkan pengguna selalu melakukan ‘back up’ kepada semua maklumat yang penting, andaikata semua data atau sistem hilang serta dapat mempercepatkan proses pembaikpulih.
Segala soalan dan aduan boleh dihantar kepada cyber99@cybersecurity.my ataumycert@mycert.org.my atau hubungi 1-300-88-2999 (pada waktu pejabat) atau 019-266 5850.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI