Tips Menarik

loading...

Syarikat MLM Dakwa Eira Syazira Dan Azad Terima RM200,000

Terbaru ‘Eira Syazira Dan Azad Jazmin Buat Laporan Polis Isu Penipuan Rania Marketing‘ demi membersihkan nama pasangan tersebut. Hati mana yang tidak tahan apabila menjadi mangsa penipuan syarikat Rania Marketing dimana hampir 1,000 orang dibawahnya terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat.
Sebelum ini muncul dakwaan pasangan suami isteri, Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy, bahawa Eira Syazira dan Azad melarikan sejumlah duit. Malah, selepas pihak Azad Jasmin mengadakan sidang akhbar demi mempertahankan diri daripada dakwaan melesapkan wang pelabur sebuah syarikat MLM, kini Rania Marketing Sdn. Bhd. sendiri tampil untuk memperjelaskan perkara sebenar.
Duta kepada syarikat tersebut, Mohd Hisham, mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media. Apa yang menyedihkan perancangan roadshow yang telah dirancang melibatkan Azad dan Eira Syazira turut terbatal ekoran daripada keputusan mereka menarik diri. Fuhh! semakin kontroversi.
Syarikat MLM Dakwa Eira Syazira
“Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yang dinyatakan. Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir RM200,000 semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang”
“Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad,”
Demi meredakan keadaan, Mohd Hisham menjemput Azad ke pejabat urusan syarikat berkenaan bersama 1000 orang yang didakwa tidak mendapat bayaran yang sepatutnya.
“Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 orang. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan,”
Sebolehnya Hisham berharap perkara tersebut diselesaikan secara baik namun memberi 14 hari untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan. Elok juga pendirian ‘Liyana Jasmay Rela Berniaga Daripada Kaya Kerana MLM‘. Ahaakk! , tak gitu?
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Hiburan 9135645102693028521

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item