Tips Menarik

loading...

Wanita Dibelasah Kerana Rupa Sebenar Berbeza di Laman Sosial

WEB AA

Kebanjiran dengan pelbagai aplikasi editan seperti Camera 360, Plastic Surgery Pro dan sebagainya boleh memberi manfaat jika gambar itu digunakan bertujuan untuk mengikuti hari-hari yang bahagia seperti perkahwinan dan sebagainya. Kemudahan memiliki aplikasi ini dengan cara muat turun menjadikan kerja mengedit bukanlah serumit seperti dulu.
Rasanya ramai yang kadang kala tertipu dengan rupa kawan-kawan di laman sosial. Termasuklah salah satu kes yang melibatkan satu pasangan dari China ini yang membuat temujanji kali pertama setelah sekian lama berhubung di laman sosial.
Huang Mo, 35 telah membelanjakan lebih kurang RM29,000.00 untuk penerbangan dari Helongjiang ke Jiangsu semata-mata ingin bertemu dengan wanita yang baginya bak jelmaan bidadari itu yang dikenali sebagai Xiaojin Tuan, 32.
Setelah penat mengharungi perjalanan penerbangan selama 5 jam, Huang Mo terus menunggu di sebuah kafe yang telah dijanjikan.
Tetapi alangkah terperanjatnya Huang Mo apabila seorang wanita yang gemuk dan muka berjerawat duduk disebelahnya, wanita itu adalah Xiaojin Tuan yang merupakan wanita jelmaan bidadari itu di WeChat ternyata berbeza sama sekali apabila jumpa berdepan.
Huang Mo yang merasakan dirinya tertipu terus menumbuk Xiaojin sehingga terjatuh, tidak cukup dengan itu Huang Mo turut memijak bidadarinya itu sehinggalah pergaduhan mereka dileraikan oleh staff di kafe tersebut kemudian mereka dibawa ke balai polis.
Walau bagaimanapun, Xiaojin enggan melakukan pendakwaan terhadap Huang Mo dan Xiaojin diberikan rawatan sewaktu ditahan. Mereka berdua berasa serik untuk bercinta atau mencari jodoh dilaman sosial lagi selepas ini.
Pada pendapat kami di ViralKini, tidak salah kalau hendak bertemu jodoh dilaman sosial, tetapi janganlah menipu. Diharap kisah Huang Mo dan Xiao Jin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Hiburan 4731845209731502058

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item