Tips Menarik

loading...

MH370 Terkini: Bukti Pesawat Dilencongkan Ke Antartika.



BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.


"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

SELAMATKAH DUIT ANDA? KES-KES DUIT HILANG DALAM AKAUN MAYBANK AKIBAT DIGODAM

Kini menjadi pertanyaan di kalangan rakyat Malaysia apabila baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu wang di dalam akaun Maybank hilang digodam dari luar negara. Jumlah yang hilang mencecah ribu...

HANYA DI MALAYSIA, SEORANG IBU DIPENJARA KERANA MENCURI KEPERLUAN HIDUP 6 ORANG ANAKNYA

Melaka: Gara-gara mencuri pelbagai barangan termasuk dua bungkus susu formula serta kicap di sebuah pasar raya, seorang ibu enam anak dipenjara enam hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di s...

KERANA BENGANG SERING DIEJEK, SUSPEK NEKAD BUNUH KANAK-KANAK BERUSIA 3 TAHUN

Beaufort: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu....

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item