Empat maut, kereta bertembung lori
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/02/empat-maut-kereta-bertembung-lori.html
Muar: Empat lelaki terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan lori satu tan, dalam kejadian di Batu 12, Jalan Bukit Mor , Bakri, dekat sini.
Dalam kejadian 1.40 petang itu, keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian dan kereta yang dinaiki mereka remuk teruk.
Difahamkan, kereta itu dikatakan cuba memintas satu kenderaan lain, tetapi gagal lalu merempuh lori dari arah bertentangan.
Semua mangsa dari Batu Pahat dan dikenal pasti sebagai Tin Seng Kit, 19, dari Taman Puteri; Tan Wei Loon, 20, dari Taman Sri Jaya; Lee Ping Meng, 22, dari Taman Ria Jaya dan Loh Yi Wei, 19, dari Taman Bandar.
Pemandu lori berusia 62 tahun parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI