Cara Mengesan CCTV Dalam Tandas Wanita dan Bilik Persalinan.
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/02/cara-mengesan-cctv-dalam-tandas-wanita.html
Maksud CCTV disini adalah CCTV yang bersifat tanpa wayar (wireless) yang tersembunyi dan susah untuk dikesan. Selalunya ia hanya sebesar cip dan tersorok disebalik tombol pintu, getah paip, pili dan sebagainya.
Jika anda masuk ke tandas atau bilik persalinan. Sila lakukan beberapa langkah mudah dibawah :
1) Hidupkan ‘Blue Tooth’ pada telefon bimbit.
2) Jika anda tidak tahu bagaimana hendak hidupkan ‘Blue Tooth’, pilih salah satu gambar, muzik atau apa-apa fail dari telefon bimbit anda, kemudian pilih untuk menghantar dokumen tersebut secara ‘Blue Tooth’.
3) Pada waktu itu perhatikan ‘device’ (peranti) yang ada.
4) Jika terjumpa nama peranti seperti ‘WDX 2201′ , ‘CAM 122′ atau apa-apa nama pelik kemungkinan ada Wireless CCTV ditempat tersebut. Sila batalkan niat anda untuk meneruskan hajat atau mencuba pakaian. Sebab tak logik lah juga, kalau dekat dalam tandas atau dalam ‘fitting room’ ada orang buka ‘Blue Tooth’ kan?
P/S : Kalau boleh, dengan bukti yang ada atau kukuh, anda boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI