Tips Menarik

loading...

Nabil Bersara Dari Maharaja Lawak Mega



Pemenang tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega 2014 yang melabuhkan tirai semalam iaitu Nabil mengumumkan bahawa tahun 2014 merupakan tahun terakhir dia menyertai pertandingan tersebut.

Nabil memaklumkan bahawa keputusannya adalah kerana dia ingin memberi fokus kepada bidang yang lain pula.
“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.

“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”

“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.



 Ditanya tentang kemenangannya yang hanya mampu meraih tempat ketiga semalam, Nabil mengakui bahawa persaingan pada peringkat akhri MLM begitu sengit walaubagaimanapun tetap bersyukur dengan kemenangan tersebut.
“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,” tambahnya.

 


OHMEDIA: Bakat Nabil dalam bidang lawak jenaka memang tidak dapat dinafikan lagi. Semoga terus berjaya buat Nabil.

-----------------------------------------------------------------------



loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Chef Wan – Bergaduh Tentang Asal Usul Popiah Memalukan

Isu warga Indonesia tidak berpuas hati dan mendakwa pelbagai warisan budaya Malaysia berasal dari negara mereka bukanlah isu baru. Terbaru, ‘Save Lunpia’ yang diadakan oleh sekumpulan rakyat Indonesia...

17 PERKARA KENAPA ORANG KIDAL LEBIH POWER DARI ORANG TANGAN KANAN

17 PERKARA KENAPA ORANG KIDAL LEBIH POWER DARI ORANG TANGAN KANAN | Macam yang kita semua tahu, golongan-golongan terpilih ini iaitu tangan kidal selalu dikerumuni dengan persoalan. Boleh kata 80...

Penggambaran filem Hollywood di Sarawak

KUCHING: Sebuah filem tentang buaya legenda Sarawak, bertajuk 'Bujang Senang' adalah antara tiga filem yang penggambarannya akan dibuat di Sarawak.Filem berharga RM12 juta itu akan diterbitkan bersama...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item