Tips Menarik

loading...

Nora Danish lapor polis

uala Lumpur: Pelakon Nora Danish akan membuat laporan polis berikutan penggunaan gambarnya dalam satu rakaman video di YouTube oleh empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk menyerang mahkamah malam Rabu ini.
Nora, 33, berkata, dia baru mendapat tahu mengenai penggunaan gambarnya yang dipegang seorang daripada lelaki dalam video berdurasi 1 minit 2 saat itu, tengah hari tadi selepas dimaklumkan seorang rakan.
Bagaimanapun, katanya, rakaman video itu langsung tidak menyebut atau membabitkan dirinya secara langsung selain gambarnya saja.
“Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.
“Saya tak mahu komen mendalam. Cuma apa yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis,” katanya.
Penyebaran rakaman video yang memaparkan empat lelaki dikenali sebagai Isis Malaysia 69 di YouTube mencetuskan kekecohan apabila gambar Nora dipegang seorang daripada anggota kumpulan berkenaan.
Walaupun ia secara jelas tiada kaitan dengan Nora, penggunaan gambar pelakon itu secara tidak langsung menjejaskan reputasinya.

FOTO Nora Danish digunakan kumpulan terbabit.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 5008303356944128386

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item