GADIS 17 TAHUN NEKAD TERJUN BANGUNAN ELAK DITANGKAP KHALWAT
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/gadis-17-tahun-nekad-terjun-bangunan.html
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan sanggup terjun dari tingkat dua sebuah hotel di bandar raya di sini, bagi mengelak dicekup dalam satu Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baharu 2015, malam kelmarin.
Remaja berusia 17 tahun itu sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat dua hotel tersebut dan dipercayai mengalami kecederaan.
Dalam keadaan kesakitan, remaja itu masih nekad melarikan diri bagi mengelak ditahan, bagaimanapun kekasihnya berusia 22 tahun yang ditinggalkan berseorangan di dalam bilik tersebut, hanya menyerah diri.
Siasatan awal mendapati pasangan kekasih itu yang berasal dari Dungun datang ke bandar raya ini dan menginap di hotel tersebut semata-mata untuk meraikan kedatangan tahun 2015.
Selain itu, turut berjaya diberkas tiga lagi pasangan kekasih kerana disyaki berkhalwat.
Semasa ditahan, pelbagai alasan diberikan pasangan terbabit bagi mengelak dicekup.
Antaranya mereka memberi alasan hendak berbincang berhubung hal perkahwinan dan terpaksa menginap di hotel berkenaan disebabkan tidak sempat balik ke rumah masing-masing kerana sudah lewat malam.
Walau apa jua alasan diberikan, kesemua mereka tetap ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
Kesemuanya akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Syariah dan Takzir Terengganu 2001 kerana melakukan kesalahan khalwat yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda sejumlah RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Dalam operasi selama lima jam yang berakhir jam 6 pagi itu disertai seramai 31 anggota dari Jabatan Agama Islam daerah Kuala Terengganu yang diketuai oleh Ketua Penguat kuasa, Muhammad Deraman.
Operasi kali ini lebih menyasarkan hotel bajet dan rumah tumpangan di sekitar bandar Kuala Terengganu.

loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI