Tips Menarik

loading...

KISAH PENGHIJRAHAN FARAH FAUZANA YANG TIDAK DIDEDAHKAN KEPADA MEDIA


Umum tahu, pengacara popular, Fara Fauzana atau lebih mesra dipanggil Fafau telah berhijrah dan kini berhijab. 

Bagaimanapun, masih ada kisah penghijrahan Fafau yang tidak dikongsikan dengan orang ramai.

Menceritakan lebih lanjut, Najwa Syolehah yang telah menghadiri Seminar Transformasi Diri, berpeluang mendengar kisah penghijrahan pengacara popular itu yang sudi berkongsikan kisah penghijrahannya dengan para peserta seminar itu. 

KISAH PENGHIJRAHAN FARA FAUZANA 

Masih terkesan dengan cerita penghijrahan Fara Fauzana. Dikongsikan secara eksklusif olehnya dalam seminar Transformasi Diri. Oleh sebab Prof Muhaya dan Kak Nora sendiri yang request, dia terpaksa rela juga sharing. Apa lagi kami peserta-peserta yang datang, lagi-lagi lah mahu tahu. Hehe.

Dan setahu saya, tidak ada media expose tentang ini seperti mana hijrah selebriti lain. Alhamdulillah, kami dapat cerita eksklusif. Allah bagi. 

Kak Fara sama sahaja macam manusia biasa. Dan satu perkara yang mungkin membantu dia untuk Allah izinkan hidayahNya sampai adalah dia selalu berkomunikasi dengan Allah. 

Bila balik kerja sehari-harian, tiada suami atau kawan-kawan yang boleh di ajak berborak. Dia sentiasa berborak-borak dengan Allah. Macam kita biasa borak dengan kawan-kawan kita. 

Kak Fara juga kerap minta Allah kejutkan dia pukul ini, pukul ini.Dan sentiasa sahaja Allah bangunkan dia mengikut apa yang dia minta itu. 

Dan satu masa, dia minta Allah kejutkan pukul 4.49. Dan, Yes ! Allah kejutkan exactly pada waktu yang dia minta itu. Saat itulah dia benar-benar rasa akan kewujudan Dzat Allah ini. 

Questioned dalam diri, Allah beri semua yang ada pada kita dari awal sehingga ke hari ini kenapa kita masih tidak ingin mengenaliNya? Serta kenapa tidak sahaja kita menurut segala perintahNya?

Kak Fara ada seorang rakan ini, dan dia hadir juga seminar tersebut. Seorang muslimah berniqab. Kak Fara cakap, kawan dia ini tidak pernah cakap pada dia yang apa dia pakai itu salah, atau apa-apa yang dia buat itu tidak betul. 

Kawan dia itu cuma menunjukkan melalui akhlak serta perbuatan. 

Cerita bab hijrah-hijrah ini, saya sangat mudah mengalirkan air mata.Pertama kerana ianya fitrah Allah bagi pada kita. Keduanya, Kerana Allah Yang Maha Baik ini juga telah menghadirkan rahmatNya untuk saya juga mempunyai pengalaman hijrah diri sendiri. 

Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan? Semoga memberi manfaat 

Diceritakan oleh - Najwa Syolehah

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gaya hidup 5998711692291300616

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item