Tips Menarik

loading...

Kedai Di Bangi Jual Cenderamata Penyokong kegiatan Militan IS


BANGI: Sebuah kedai di Bandar Baru Bangi kelihatan tidak menarik melainkan barangan jualannya iaitu cenderamata ‘pengganas’.

Dipenuhi dengan barangan militan seperti bendera, kemeja-t dan topi, kedai itu juga menjual pakaian yang bercetak simbol kumpulan militan khususnya Negara Islam (IS) dan Taliban.

“Saya buat kerana Allah, jadi saya tidak perlu takut,” kata peniaga kedai itu yang enggan namanya dikenali.

Dia kelihatan seperti rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan 20 tahun.

Kedai yang beroperasi sejak tiga bulan itu dilihat sebagai hub cenderamata penyokong kegiatan militan.

Sebagai contoh sehelai kemeja-t IS dijual pada harga RM59.

Selain itu pelekat dengan logo IS dan Talibat turut dijual pada harga antara RM5 hingga RM10.

Menjelaskan mengenai barangan yang dijual pada harga yang tinggi, peniaga yang mendakwa berasal dari Sabah itu berkata semua koleksinya diimport dari Indonesia.

“Terdapat permintaan yang tinggi bagi barangan terbabit. Ada yang betul-betul berminat dengan koleksi yang dijual.

“Namun ada juga yang melahirkan kebimbangan mengenai pernigaan yang kami usahakan ini,” katanya.

Menurutnya kedai itu tidak dibiayai oleh mana-mana pihak dan menegaskan ia adalah perniagaan keluarga.

Tambahnya, dia turut menjalankan perniagaan secara dalam talian khusus bagi mereka yang tidak berupaya datang sendiri ke kedai mereka di Bangi.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item