Tips Menarik

loading...

Saksikan 5 Kematian Yang Terpelik Di Dunia

Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu.

Kami senaraikan 5 kematian paling pelik (dan mungkin ironik) yang pernah berlaku di seluruh dunia.

MATI DI MAJLIS PENGEBUMIAN SENDIRI


Seorang wanita Russia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia ‘bangun’ ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. This time, for good.

MATI KERANA CUBA BUKTIKAN CERMIN TAK BOLEH PECAH


Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran ‘mengenakan’ pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary ‘terhumban’ ke luar tingkap dan meninggal dunia.

PENGGEMAR MAKANAN ORGANIK MATI SAKIT JANTUNG


J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga usia 100 tahun.

Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.

JURUTERBANG PELATIH MATI DALAM FLIGHT SIMULATOR

Tiga juruterbang pelatih mati ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas.

MATI TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK DALAM PENJARA


Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat dari hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat kejutan elektrik.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 7296260870545351859

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item