Kisah Seorang Guru Wanita Menyesal Berkahwin Suami Muda
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/kisah-seorang-guru-wanita-menyesal.html
Keputusan seorang guru wanita berkahwin dengan lelaki yang berusia 25 tahun lebih muda menyebabkan dia kerap dibelasah selain didera oleh suaminya itu.
Lelaki itu juga turut bertindak di luar batasan mengugut mahu memperk0sa anak tirinya selain dari membunuh mangsa.
Dalam kejadian terbaru pada jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa yang berusia 50 tahun itu menghantar suaminya untuk bekerja di sebuah stesen minyak berhampiran Salak Tinggi.
Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan bertengkar di dalam kereta. Lelaki itu bertindak memukul selain dari memaki hamun mangsa yang ketika itu sedang memandu.
Mangsa juga pernah dicekik selain diacukan pisau ke muka dan pernah ditumbuk tepat di bahagian muka. Suspek kerap mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya mangsa melarikan diri dari rumah.
Dedahnya lagi, suspek pernah mengugut mahu mengupah individu memperk0sa anak-anak peremuan mangsa. Lelaki itu juga bertindak pelik, apabila gemar merosakkan pakaian mangsa selain memusnahkan peralatan rumah.
Menurut mangsa, dia kerap dipukul oleh suaminya walaupun mereka baru melangsungkan perkahwinan baru tiga bulan. Mangsa juga sering dipukul walaupun berlaku salah faham berhubung isu kecil.
Tidak tahan menjadi mangsa deraan lelaki itu, mangsa membuat laporan polis berikutan bimbang terus dicederakan selain dari trauma emosi dan fizikal.
Supek yang turut tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa kerap memaksa mangsa menyerahkan wang. Susulan itu pihak polis yang menerima laporan bertindak melakukan siasatan terhadap laporan itu.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI