LELAKI INI TIDAK MENYEDARI KEPALANYA TERTUSUK PISAU SELAMA 3 JAM DAN BELIAU MASIH HIDUP
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/lelaki-ini-tidak-menyedari-kepalanya.html
Agua Banca (Brazil): Seorang pemandu teksi dikatakan bernasib baik kerana masih hidup walaupun ditikam di kepalanya ketika bergaduh di sebuah bar.
Kejadian berlaku kelmarin, ketika Juancelo Nunes de Oliveira, 39, berparti di bar di Agua Banca.
Dia terbabit dalam satu pergaduhan menyebabkan dia ditikam tiga kali di dada dan sekali di kepala.
Anehnya, dia hanya menyedari pisau berkenaan tertusuk menembusi tempurung kepalanya hingga ke tulang rahang kira-kira tiga jam selepas kejadian.
Dia dihantar ke sebuah hospital berhampiran tetapi dipindahkan ke sebuah pusat kecemasan di Teresina, 100 kilometer dari tempat kejadian.
“Pisau itu tertusuk di kepalanya tetapi dia tidak menyedarinya. Kami percaya dia terkejut dan mungkin kerana mabuk menyebabkan dia tidak menyedari pisau itu berada dalam kepalanya,” kata pakar bedah, Dr Gilberto Albuquerque.
Gambar sinar-X menunjukkan pisau itu menembusi kepalanya dan menjulur di belakang mata kirinya.
Menurut Albuquerque, pisau itu terhenti pada tulang rahang bawah.
“Dia bernasib baik kerana masih hidup,” kata Albuquerque.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI