"MINTA MAAF KALAU SAYA DATANG LAMBAT" - ANUAR AKHIRNYA TUNJUK MUKA
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/maaf-kalau-saya-datang-lambat-anuar.html
Anwar Ibrahim bersama Husam Musa meninjau kawasan banjir di Guchil, Kelantan
KOTA BHARU, 1 Januari: Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Kelantan dengan alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangannya untuk balik dengan segera.
Kata Anwar, halangan tersebut di luar keupayaannya ekoran tidak ada penerbangan di samping tempahan tiket tidak boleh ditukar.
Malah katanya, gambar percutiannya bersama keluarga di luar negara yang tersebar di media sosial sebenarnya berlaku sebelum bencana banjir lagi.
“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.
“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya yang dipetik Sinar Harian di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk melawat mangsa banjir di negeri ini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak mengatakan Anwar tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan.
Katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya.
Jelasnya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir.
Dalam pada itu, Anwar menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir.
Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir.
“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.
“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat,” tegasnya.

loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI