Tips Menarik

loading...

HOSPITAL MALAYSIA MENGALAMI MASALAH BEKALAN DARAH YANG KRITIKAL, BANTUAN ANDA DIPERLUKAN


KUALA LUMPUR: Bekalan darah jenis A dan AB tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit terutama di negeri terjejas banjir, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Justeru, beliau merayu orang ramai menderma darah dengan segera di Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran ataupun Pusat Darah Negara kerana bekalan darah terutama kedua-dua jenis itu kini semakin berkurangan.

"Saya merayu kepada masyarakat untuk tampil menderma darah bagi membantu hospital yang kekurangan bekalan darah jenis A dan AB. Pendermaan boleh dilakukan di mana-mana negeri dan bukan hanya di negeri terjejas banjir sahaja.

"Setakat ini, darah jenis lain masih mencukupi namun bagi darah jenis A dan AB, ia tidak mencukupi dan penggunaannya terutama untuk hospital di negeri terjejas banjir amat kritikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Kelahiran Bayi Tahun Baharu 2015 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

Sebelum itu, Dr Hilmi yang diiringi Pengurus Besar Disponsible Soft Goods (DSB)(M) Sdn Bhd, Low Chooi Hoon dan Timbalan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Dr T.P. Baskaran, melawat beberapa bayi tahun baharu yang dilahirkan sejak 12.04 pagi tadi.

Sementara itu, Low berkata, penajaan lampin bayi itu merupakan julung kali diadakan secara besar-besaran kerana ia dikatakan bersesuaian dengan sensitiviti kulit bayi yang baharu lahir terutama di bahagian pusat yang memerlukan masa lama untuk sembuh.

Setakat 3 petang ini, seramai 15 bayi dilahirkan iaitu lapan lelaki dan tujuh perempuan.

Bagi Umi Kalsum Mohd Ghani, 31, yang mendirikan rumah tangga sejak lebih setahun lepas bersama pasangannya Zamri Razali, 27, kelahiran anak sulungnya itu merupakan bayi pertama yang dilahirkan di HKL pada tahun baharu 2015.

"Bayi lelaki saya dilahirkan pada 12.04 pagi dan Alhamdulillah kelahirannya secara normal dengan berat 2.3 kilogram. Saya dan suami menamakan anak kami Izz Harraz Aisy yang bermakna Kekuatan, Yang Amat Warak serta Kaya Raya," kata ibu dari Sentul itu.

Seorang jururawat Klinik Kesihatan (KK) di Datuk Keramat di sini, Noor Adzwani Esa, 28, beliau berasa gembira dan bertuah kerana melahirkan bayi keduanya itu pada tahun baharu yang merupakan 'tarikh keramat' bagi setiap ibu yang melahirkan anak.

"Sepatutnya anak saya dilahirkan pada 16 Jan depan, namun dia nak 'keluar' awal, hampir dua minggu awal. Pada 4.51 pagi tadi, anak saya ini selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram," katanya yang memberi nama bayinya itu Mohd Adam Zikry Azmil Mokhtar.

Pasangan Norlidah Kamaruddin, 33, dan Mat Redzuan Ahmad Nasir, 30, pula bersyukur dengan kelahiran anak kedua mereka yang diberi nama Nur Farysha Mat Redzuan walaupun dilahirkan awal sehari dari tarikh yang sepatutnya.

"Alhamdulillah, bayi saya selamat dan sihat ketika dilahirkan. Saya melahirkan bayi saya secara normal tanpa sebarang masalah pada 9.49 pagi tadi," katanya.

Mengenai perkembangan isu banjir di Pantai Timur, Dr Hilmi berkata setakat ini, sebanyak 557 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dihantar ke Kelantan dan Pahang, termasuk dua pasukan kejuruteraan (6 orang) dan 15 anggota Psychological First Aid yang dihantar semalam.

Selain itu, katanya hampir semua hospital di Kelantan mendapat bekalan terus elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kecuali di Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah yang masih menggunakan set generator TNB sahaja.

Menurut Hilmi, sebahagian daripada 12 unit genset 5kVa dihantar semalam dan akan dihantar pada hari ini ke KK Dabong, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun, PKD Kemaman serta sembilan buah klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu.

"Bantuan lain seperti alat penapisan air mudah alih telah dihantar ke Hospital Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas termasuk di klinik kesihatan, klinik desa dan klinik pergigian di Kelantan.

"Selain itu 'Government Integrated Radio Network' telah dipasang di Pusat Kesediaan Krisis Dan Tindak Balas Nasional Kelantan, Terengganu dan Pahang dan set radio amatur pula dipasang dan telah diuji dengan Hospital Temerloh. Ia juga akan dipasang di Hospital Pekan dan Segamat," katanya. 

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 8297925720493347005

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item