SIAPA SANGKA WARGA EMAS BERUMUR 74 TAHUN INI SUDAH TINGGAL SEORANG DIRI DI DALAM HUTAN LEBIH 30 TAHUN
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/siapa-sangka-warga-emas-berumur-74.html
Kuala Lumpur: Siapa sangka dalam kepesatan pembangunan di ibu kota, masyarakat terlepas pandang penderitaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam hutan kecil di belakang kawasan perumahan Damaisari, Wangsa Melawati, di sini, lebih daripada 30 tahun.
Mohamed Dris, 74, berkata, dia hidup sebatang kara di pondok usang itu kerana tidak mampu menyewa rumah sejak hilang punca pendapatan sebagai penoreh di tempat itu yang dahulunya adalah ladang getah.
"Pakcik tidak larat untuk bekerja lagi dan lebih teruk daripada itu pakcik kini menghidap penyakit kencing manis ... nak makan pun kena hati-hati takut nanti penyakit bertambah buruk," katanya kepada di pondoknya di sini.
Mohamed yang tidak pernah berkahwin berkata, dia tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya menguruskan hidup secara bersendirian.
Pondok yang dibina olehnya pada 1980 dengan menggunakan papan dan zink yang dibuang kini reput dan di dalamnya hanya terdapat sebuah meja papan buatan sendiri dan tikar getah yang dijadikan tempat tidur.
Malah, kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air tidak pernah dirasainya sejak menetap di pondok itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Sarjan Jasman Aris yang ditemui berkata, pihaknya terjumpa warga emas itu ketika melakukan Operasi 'Santa' pada malam sambutan Krismas 25 Disember lalu.
"Kami menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat sebuah pondok dalam hutan kecil di belakang perumahan Damaisari, Desa Melawati yang khuatir dengan kewujudan pondok tersebut menjadi sarang bagi kegiatan dadah dan kes jenayah lain sebelum ini," katanya.
Menceritakan pengalaman itu, Jasman berkata, pihaknya membuat serbuan pada 1 pagi dan kehadiran mereka disambut dengan salakan anjing, kemudian keluar warga emas dalam keadaan daif yang hanya memakai kain pelekat yang sudah lusuh tanpa baju daripada pondok tersebut.
"Sedih melihat keadaan pakcik itu, seorang anggota kami segera membeli nasi dan pakcik Mohamed menangis kerana terharu apabila menerima makanan tesebut.
"Beliau tersenyum dan berkata, pakcik tidak boleh makan nasi dan minum air bergula kerana ada kencing manis," katanya.
Jasman berkata, seorang anggotanya kemudian mendapatkan roti dan air mineral dan beliau menerimanya dengan senyuman.
"Sementara menunggu bantuan daripada pihak kebajikan masyarakat, anggota kami bergilir-gilir menghantar bekalan roti dan air kepada pakcik Mohamed kerana simpati dengan keadaannya," katanya.
Beliau berkata, pihak Balai Polis Wangsa Maju sudah memanjangkan perkara itu kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sedang berusaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa untuk Mohamed berteduh.
"Kami di Balai Polis Wangsa Maju berharap pakcik Mohamed mendapat sokongan dan bantuan segera daripada pihak Baitumal dan penduduk sekitar bagi mengubah masa depannya," katanya.
Sebaik saja anggota polis menemui Mohamed, lakaran hidupnya ibarat rezeki turun dari langit.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Balai Polis Wangsa Maju kerana sudi menghantar makanan setiap hari kepada saya.
"Kini saya tidak perlu risau bagaimana hendak mendapatkan makanan lagi dan saya rasa terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh warga Balai Polis Wangsa Maju yang dilihat bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan kepada saya. Saya tiada niat untuk menyusahkan mereka," katanya.

loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI