Tips Menarik

loading...

"JANGAN BIMBANGKAN PM TIADA DALAM NEGARA, TAPI BIMBANGKAN APA YANG BERLAKU DALAM NEGARA" - TIMBALAN PM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara. 

 Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai perkembangan di dalam negara termasuk banjir yang melanda beberapa negeri. 

"Saya maklumkan kepada beliau (Najib), jangan risau saya akan lakukan segala yang perlu bagi memastikan segalanya selamat,” katanya 

Kata Muhyiddin, kerajaan mempunyai keupayaan untuk menangani bencana banjir yang melanda negara setiap tahun. 

Rakyat juga katanya tidak perlu risau dengan ketiadaan perdana menteri di Malaysia sebaliknya bersama membantu meringankan beban mangsa banjir. 

“Jangan bimbang Perdana Menteri tiada dalam negara, tapi bimbang apa yang berlaku dalam negara kini (bencana banjir),” katanya. 

Beliau menjawab kritikan sesetengah pihak terutama di media sosial yang mempertikaikan tindakan Najib yang dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 

Katanya perdana menteri sebelum ini sudah kuat bekerja mentadbir negara. 

“Ada waktunya Perdana Menteri juga perlu berehat, berilah peluang kepadanya sebagai manusia,” katanya selepas menghadiri jamuan Krismas di Gereja Full Gospel Tabernacle di sini. 

Beliau juga tidak melihat keperluan untuk Najib segera pulang bagi menangani bencana banjir. 

“Kalaulah saya tidak mampu buat kerja saya akan minta dia balik,” katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Gaji Bulan Januari Mejar Zaidi Ditarik Balik Selepas Dimasukkan

Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Ja...

Mejar Zaidi Ahmad Pilih Pakatan Rakyat

Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengakui akan memilih Pakatan Rakyat sekiranya menceburi bidang politik selepas ini.“Sudah tentu saya akan memilih Pakatan Rakyat ...

Rosmah Peluk Lee Chong Wei Umpama Ibu Memeluk Anaknya ?

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persek...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item