Tips Menarik

loading...

GAMBAR 2 SAHABAT MAUT TERLIBAT DALAM KEMALANGAN NGERI DI SENAWANG


Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara dekat sini pagi tadi. 

Mereka dikenali sebagai Ahmad Azlan Zakaria, 25, dan rakannya Mastura Abd Karim, 34, yang meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mereka merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan itu. 

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini. 

Katanya tiga lagi cedera dalam kemalangan yang turut membabitkan kereta Proton Saga FLX, Perodua Alza, Nissan Almera dan dua buah treler. 
“Kemalangan berlaku apabila Proton Saga FLX yang dipandu seorang lelaki dilapor hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah treler yang membawa minyak pelincir sehingga menyebabkan Proton Saga FLX terbabit terbalik di lorong kanan. 
“Pada masa yang sama, Perodua Alza yang dipandu di belakang Proton Saga FLX itu cuba mengelak, namun melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler di lorong paling kiri. 
“Ketika itu juga Nissan Almera yang datang dari arah belakang yang cuba mengelak kesemua kenderaan berkenaan, turut terbalik di lorong tengah,”katanya. 
Muhamad Zaki berkata yang cedera ialah seorang penumpang Proton Saga FLX yang kepalanya dipercayai bergeser pada permukaan jalan, pemandu Proton Saga FLX dan pemandu Perodua Alza. 

Beliau berkata kemalangan mengakibatkan kesesakan sepanjang dua kilometer. 

Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, MohdFazli Jamaludin berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang meninggal dan tersepit dalam kenderaan mereka.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

[Gambar] Ajal 4 Wanita Terlibat Dalam Kemalangan

MELAKA: Empat wanita maut selepas sebuah kereta jenis Proton Perdana  berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil  yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.Ketua Operasi Balai Bom...

Mayat Pelumba Haram Ditinggalkan Terbiar Ditengah Jalan

Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati s...

Pelajar UniKL Maut, Ibu Parah Terlibat Kemalangan

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar UniKL maut, manakala ibunya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bersama tiga yang lain, terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 107 ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item