Tips Menarik

loading...

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI BERITA 1O KELUARGA MAUT DI GUCHILL


Mesej berangkai yang mendakwa 10 orang dipercayai sekeluarga maut selepas terperangkap akibat bencana banjir di Guchil, Kuala Krai, disebarkan di aplikasi sosial Whatsapp. 

Mesej berkenaan mendakwa semua mayat mangsa ditemui selepas air banjir mula surut pagi tadi.

Susulan itu, The Rakyat Post menghubungi nombor yang tertera di mesej berkenaan bagi mendapatkan kepastian. Pemilik nombor berkenaan yang dikenali sebagai Anis berkata, menerima mesej tersebut melalui kumpulan dalam Whatssap dan memuat naik mesej itu di dalam akaun Facebook. 

Dia yang tinggal di Kuala Lumpur berkata, keluarga di Kuala Krai juga tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu. 

“Saya dapat mesej melalui rakan pagi tadi dan tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya. 

“Saya ingat berita ini benar kerana dalam mesej tersebut tertulis ianya adalah sumber dari agensi berita tempatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Dalam mesej itu turut melaporkan 90 orang mati akibat kelaparan dan kesejukan serta pemeriksaan polis menemui mangsa banjir bergelimpangan di kawasan itu. 

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Polis Diraja Malaysia di Kelantan ketika dihubungi menolak dakwaan yang disebarkan dalam mesej itu. 

Menurutnya, setakat ini tiada laporan kematian yang diterima. 

Katanya, dalam masa yang sama pihaknya masih terputus hubungan dengan pasukan PDRM di Kuala Krai akibat bencana banjir yang berlaku.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

SEBUAH PESAWAT DILAPORKAN TERHEMPAS DI LAUT BELITUNG TIMUR BERKEMUNGKINAN PESAWAT QZ8501

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan...

SEORANG RAKYAT MALAYSIA ANTARA PENUMPANG PESAWAT AIR ASIA YANG HILANG

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan antara penumpang dalam pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang pagi ini. Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi...

TERKINI ! PESAWAT AIRASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA HILANG

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.  Menurut laporan Detik.com, p...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item