Tips Menarik

loading...

"BUKAN PERMAINAN GOLF 'BIASA' SEMATA MATA" - NAJIB


Beberapa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dirakam sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama menjadi viral di laman sosial. 

Tanpa sebarang usul periksa, netizen melemparkan pelbagai comment negatif dan dihangatkan lagi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjadi batu api. 

Semalam, Najib tampil menjawab segala dakwaan yang tidak berasas itu sekali gus mendedahkan tujuannya bertemu dengan Obama. 

"Aktiviti bermain golf bersama Obama itu adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, dan ia telah dirancang dalam bentuk janji yang dibuat sebelum ini," jelas beliau. 

Aktiviti itu bukan hanya sekadar aktiviti 'kosong' kerana diisi dengan perbincangan secara santai bagi meningkatkan hubungan kedua-dua negara dan memberikan faedah kepada Malaysia. 

Dalam lawatan Obama ke Malaysia sebelum ini, beliau telah mempelawa Datuk Seri Najib Razak untuk bermain golf bersamanya di Hawaii. 

Justeru, ketika membuat kunjungan ke Hawaii, Najib meluangkan masa bersama Obama bermain golf kerana telah diatur dan ia bukanlah permainan golf 'biasa' semata-mata. 

Bagaimanapun, disebabkan bencana banjir yang semakin buruk melanda negeri-negeri di pantai timur, Najib mengambil keputusan untuk segera pulang ke tanah air. 

Ini bagi menunjukkan komitment kerajaan dalam membantu mangsa-mangsa banjir. 

Mengulas mengenai isu mengapa darurat tidak diisytiharkan, Najib memberi jawapan ini, Kerajaan memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat di Kelantan kerana pengisyitharan itu akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana banjir gagal menuntut insurans secara automatik dan situasi itu akan dikategorikan sebagai insiden bencana alam di luar kawalan mana-mana pihak. 

Selain itu, kerajaan juga sedang dalam usaha membantu kesemua mangsa-mangsa banjir menghadapi saat getir ini dengan mengerahkan agensi-agensi kerajaan untuk turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

PEMANDU AMBULANS MAUT, LAPAN CEDERA DI TANJUNG MALIM

Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan anta...

MANGSA MENCERITAKAN KEGANASAN PENJENAYAH SEWAKTU CUBAAN MEROMPAK RM150 RIBU

SHAH ALAM – Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan wang RM150,000 milik seorang pengurus syarikat gagal selepas kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa terbabas berhampiran lampu isyarat Seksyen 18, d...

GAMBAR PASANGAN YANG MEMBUAT HURU HARA SEHINGGA PESAWAT AIR ASIA TERPAKSA BERPATAH BALIK

Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nan...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item