Tips Menarik

loading...

VIDEO RAKAMAN CCTV SEORANG WANITA DISIMBAH ASID OLEH DUA LELAKI


Sebuah rakaman video menunjukkan dua lelaki menyiramkan cecair asid ke arah seorang wanita di sebuah pasar yang sibuk di New Delhi pada Selasa (23/12/2014), . 

Insiden itu berlaku di pasar Rajouri Garden, New Delhi ketika mangsa yang juga seorang doktor berusia 30-an itu menunggang motosikal untuk ke klinik tempat dia bekerja. 

Rakaman CCTV itu menayangkan dua lelaki yang juga menunggang motosikal dengan wajah yang ditutup mendekati motosikal mangsa lalu menyiramkan cecair asid. 

Setelah terkena cecair asid, doktor wanita itu berteriak minta tolong, namun para pejalan kaki dan sebahagian lagi yang menunggang basikal berlalu begitu saja tanpa memberikan bantuan. 

Stesen televisyen NDTV melaporkan cecair asid itu mengenai sebahagian wajah wanita itu. Polis kini tengah menyiasat rakaman CCTV tersebut untuk mengenalpasti suspek. 

Kompas.com melaporkan, serangan cecair asid khususnya terhadap perempuan sudah lama berlaku di India. 

Biasanya ia dilakukan di tempat-tempat awam sebagai bentuk pembalasan berkaitan pembayaran mas kahwin, sengketa tanah atau lamaran yang ditolak. 

Namun, serangan kali ini agak berbeza kerana mangsa memberitahu polis dia tidak mengenali para suspek atau mengesyaki seseorang. 

NCRB (National Crime Records Bureau) mencatatkan serangan terhadap perempuan di India terus meningkat. Data 2013 menunjukkan berlaku 309,546 kes serangan terhadap perempuan meningkat dari 244,270 serangan pada 2012. 

Data NCRB juga mencatat berlaku 225 serangan cecair asid antara rentang waktu 2010 hingga 2012. 

Mereka yang selamat dari serangan cecair asid ini biasanya perlu menanggung parut seumur hidupnya. 

Para Julai tahun lalu Mahkamah Agung India memberikan masa tiga bulan bagi negari-negari di India untuk mengetatkan peraturan jualan cecair asid. Namun, para aktivis hak-hak wanita mengatakan hingga saat ini masih sangat mudah bagi sesiapa pun di India membeli cecair asid yang dijual dengan harga yang sangat murah.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Misteri Kehilangan Ida Nerina Kini Terjawab, Tak Sangka Kehidupannya Amat Menyayat Hati

#~Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya satu ketika dahulu? Apakah yang berlaku kepada beliau ...

Perkara Yg Dilakukan Iqram Selepas Aib Kekasihnya Uqasha Dibuka Luas Dan Dimalukan Orang Ramai

Baru-baru ini telah tersebar mengenai gambar yang didakwa sebagai Iqram Dinzly dan jugaUqasha Senrose sedang bercuti di sebuah pulau di Thailand. Sementara itu, Iqram menyifatkan kontr...

Mohon Viralkan! Bahaya Kepak Ayam Untuk Kaum Wanita

Kami sampaikan kisah benar berkenaan bahaya kepak ayam khususnya untuk wanita, ramai wanita di luar sana tidak mengetahui kesannya kepada badan mereka.Pertumbuhan sis(cyst) dalaman. Elakkan daripada m...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item