Tips Menarik

loading...

WANITA DITEMUI MATI KERANA MELAKUKAN AKTIVITI $EK$ YANG KETERLALUAN


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kematian seorang wanita warga Vietnam yang diikat dalam keadaan bogel di sebuah hotel berhampiran Kompleks Pasar Borong Jalan Ipoh, Selayang dekat sini semalam mungkin boleh dikaitkan dengan perbuatan $ek$ secara kasar. 

Menurut sumber, walaupun siasatan awal polis menunjukkan kematian wanita terbabit konsisten dengan jenayah bunuh, namun pihak penyiasat juga tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti $ek$ yang keterlaluan. 

Katanya, ini berikutan wanita terbabit bukan sahaja dikesan bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan malah dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pelacuran. 

“Polis setakat ini masih menyiasat dua kemungkinan yang menimpa mangsa dan kita sedang menunggu hasil laporan bedah siasat daripada pihak forensik hospital untuk menentukan perkara itu. 

“Setakat ini, kita percaya dia dibunuh dan motifnya belum diketahui,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

Sumber itu memberitahu, polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang berusia 38 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut. 

“Lelaki yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dikesan telah menyewa bilik tersebut dan mangsa dilihat telah memasuki bilik itu,” katanya. Semalam, sebuah hotel berhampiran Kompleks Pasar Borong Jalan Ipoh digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan diikat tanpa seurat benang, di dalam bilik air. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, mangsa yang ditemukan pekerja hotel yang bertugas di premis itu pada pukul 6.50 petang. 

“Ketika ditemui, mangsa didapati berada dalam keadaan telanjang dengan keadaan tangan dan kaki diikat dengan tuala pencuci muka. 

Malah terdapat kesan lebam di sekitar lehernya akibat dijerut. “Tiada sebarang dokumen ditemui berhampiran mangsa,” katanya selepas ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi. 

Tambah Munusamy, semakan dengan pihak hotel mendapati bilik tersebut didaftarkan pada pukul 9 malam kelmarin oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Kehidupan Menyedihkan Di Sebalik Kekayaan Negara Dubai

Bercerita tetang Dubai, pasti kita terbanyangkan akan bangunan paling tinggi di dunia, Burj Khalifa. Selain itu, Dubai juga terkenal sebagai destinasi berkelas atasan, di mana artis-artis dan orang...

Nota Terakhir Seorang Gadis Sebelum Maut Akibat Dirogol Abang Sendiri

Luahan Terakhir Gadis yang Maut Akibat Dirogol Abang Kandung Ketika Ibu Bapa Pergi Haji | Masih ingat kisah seorang gadis yang meminta pertolongan di laman sosial akibat perbuatan kejam abang kandung...

Luahan Hati Arwah Hanafi Yang Ditinggalkan Kawan² Sewaktu Beliau Susah. Al-Fatihah Buat Arwah

"Di Saat Arwah Menderita Akibat Penyakit, tiada pula sokongan daripada rakan baik, Arwah Masih Mampu Tersenyum!" Di Saat Arwah Menderita Akibat Penyakit, tiada pula sokongan daripada rakan bai...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item